GuaBlog.Com

Gunung Bunga Buah

24 Januari 2013
Gunung Bunga Buah
Genting Highlands, Pahang

Pendakian kali ni kami buat masa cuti Maulidur Rasul. 
Lepas kumpul maklumat dari orang2 yang dah mendaki, 
ktorang teruskan trip ke Gunung Fruit Flower ni seperti yang dirancang. 
Ikut maklumat takyah guide pun boleh, so kami naik je tanpa guide.

Untuk sampai puncak Gunung Bunga Buah kena lalu beberapa tempat; 
Kebun sayur & buah, Jalan lama, Kawasan bekas kuari, Rock Garden (takpasti kat mana sebab pegi tanpa guide) then barulah Puncak Gunung Bunga Buah. 

Sampai Genting lebih kurang pukul 5 pagi. Report kat balai polis dulu, bagitahu nak naik gunung. Then lepak kat surau balai sampai lepas subuh. Kami start mendaki kira2 8.50 pagi.

Sebelum mendaki 
Kawasan belakang kedai Cina

Bermula dari jalan berhadapan Inti College Genting Highlands*
Starting point

Depan Inti College ada kebun sayur ni

Penghujung jalan tu sebelah kiri akan ada trek. 
Pendaki akan melalui kebun sayur yang lain.
Anyway, sila minta izin dengan tuan kebun nak tumpang lalu. 
Amalkan nilai2 murni ye. 
Kebun sayur auntie tersebut. Kami dah minta izin.

Laluan ke trek gunung tak semudah yang disangka. 
Lepas kebun sayur auntie tadi, 
ada simpang sebelah kiri macam gambar kat bawah ni.
Simpang ni adalah permulaan mendaki 80 darjah lebih kurang 25-40 minit bergantung kepada fitness & motivasi dalaman anda.

Simpang mula mendaki

Lepas dah bertemu lutut dengan dada untuk 40 minit, 
ktorang sampai kat jalan tar lama.
Keluar kat sini lepas trek mendaki 80 darjah tadi & jumpa jalan tar lama.

Tempat keluar ada signage Gohtong Jaya. 
Nanti nak turun ikut sini balik.

Inilah jalan tar lama tu. 
Ikut maklumat, jalan tar ni ialah jalan lama nak pergi Genting Highlands dulu.
Sekarang dah tak guna dan terpisah dari jalan2 lain. Maksudnya no access lah. Naik 4Wheel pun tak boleh.
So ktorang duduk senang hati lah kat jalan ni. Sambil rehat2.

Dari jalan tar lama, kami ikut sebelah kiri 
& jalan sampai penghujung jalan (jalan tar dah habis).
Then ada dua simpang keliru. Yang kanan menaik tapi tak ada caution tape.
Yang kiri menurun & ikut trek hutan, ada caution tape.
Rasa2 macam afdhal kalau dahulukan sebelah kanan, 
so kami pilih jalan kanan yang agak mendaki sikit.

Jalan punya jalan ktorang jumpa kawasan merbahaya sebelah kiri.
Wei korang tu umur 20+ kot, dah tak comel buat muka camtu ha5

Then jumpa private property. 
Menyedari hakikat salah jalan, kami patah balik ke simpang keliru tadi & 
pilih jalan ke kiri (ikut caution tape)
Property siapa lah tengah2 hutan ni agaknya?

Dari simpang kiri tadi trek mendatar & mudah. 
Melalui jalan hutan. Lalang kiri kanan.
Sebelah kanan adalah bukit batu (bekas kuari lama). 
Tapi tak berapa jelas sebab masih berkabus.
Muka semangat lagi awal2 ni.

Ganti caution tape yang dah pudar

Namanya pun Gunung Bunga Buah, jadi post ni banyak gambar bunga yang dijumpai sepanjang pendakian. Jangan silap, kami hanya cintakan alam sekitar, bukan mat bunga. 
Bunga pertama yang dijumpai.
Aku melihat bunga, bukan Aizat.

Masih berkabus.
Memang natural tau bukan buat2 effect camera.

Bunga kedua

Kumbang2 penyeri trip ha5

Bunga ketiga

Bunga keempat

Trek hutan tadi membawa ke tempat lapang & luas ni.
Ktorang rehat sini jap.

Dari sini boleh nampak Genting on the other side.

Tapi ktorang nampak kabus je ha5

Time ni dah bermula sesi membuang pacat.

Biar ah aku nak amik gambar bunga banyak2. 
Nak tunjuk kat mak ha5.

Terasa cantik tengok bunga2 ni because they are left untouched.

Haa ni lah satu2 buah yang kami jumpa (kalau betul buah lah)

Ikut sahaja trek hutan & caution tape, akan sampai ke tempat ni.
Ada signage G.B.B (Gunung Bunga Buah)

Timer sangat membantu utk gambar ni. 
Sini baru start mendaki semula.

Kalau cuaca gelap sikit, pokok ni glow in the dark kalau tak silap.





Kira2 pukul 12 lebih ktorang sampai ke simpang yang caution tape putus.
Tak ada klu langsung. Macam biasa, afdhal sebelah kanan, kami jalan jugak sampai dah jumpa bukit tanah merah & paip air pukul 1.30petang. Lagi sekali rasa macam salah jalan, ktorang patah balik ke last caution tape.

Aku tak jumpa pun batu yang macam kat Bukit Tabur, tapi kawasan lembah yang menurun aku dah lalu. Come on lah.  6 orang kot cari tak jumpa. Kalau sorang lain lah. Betul2 tak ada rezeki nak sampai puncak.

Siap dah call orang2 yang pernah naik (Terima kasih Syeikh!) & dah jalan tempat yang sama 4 kali, tetap tak jumpa jalan ke puncak. Akhirnya kotang redha. Bukan putus asa, tapi ada limit jugak ha5. Kalau dah pukul 3petang, nak tunggu lagi ke? Cuaca pun tak ok.
So ktorang decide nak makan & solat je kat puncak sendiri ni ha5.

Cari kiblat. 
Dalam hati masih ada keinginan nak cari puncak.

Muka pasrah masing2 ha5.
Takpe yop, idok rezeki kita kali ni gamaknya.

Dah sampai 'puncak' ha5

Semangat gila bawak bendera, puncak tak jumpa pun ha5

Bojang, Aizat, Intan, Sakinah, Mira. 
Yang over depan tu aku tak tahu sape ha5.

Ini paras rupa selepas turun. Yang putih dah tak putih. 
Yang kasut dah tak berkasut. 
Amik kau! ha5

Masa utk naik & turun +- 9 jam. Memang agak slow sebab kami naik lepas hujan. Trek licin sikit. Tak campur ambil gambar lagi. Lepas turun mandi, solat, makan then balik. 
Komen aku tentang GBB; Trek ke gunung memang enjoy. Selang seli mendaki, mendatar, medaki mendatar dan seterusnya. Tak pressure langsung. Pendaki2 lain kalau nak naik, ikut je caution tape sebab caution tape ada sampai puncak (syeikh bagitau). Jangan cuba2 explore takut sampai kat Janda Baik pulak. Sekian---

How to go Gunung Bunga Buah:
Highway KL Karak
Ikut signage Genting Highlands
Hala ke Hotel Seri Malaysia
* Simpang masuk lalu belakang kedai Cina, dekat Inti College.

Tentang Gunung Bunga Buah:
Dapat nama sempena bunga & buah yang banyak tumbuh sepanjang trek ke puncak.
Puncak ada beirut & boleh bermalam
Tak ada bayaran permit mendaki & parking free
Tempat menarik terdekat; Genting Highlands Theme Park

17 comments:

  1. next trip? sebulan sekali kena buat.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Wkslm Cik Engku Amalina
    Tentang Gunung Nuang tu tak perlu guide pun, pejabat hutan tak wajibkan
    Yang penting kena inform pihak pejabat hutan lipur kat situ yang kita nak mendaki. Kalau kita nak mendaki lepas2 subuh, time tu pejabat tak bukak lagi, just tinggalkan note kat pejabat tu (berapa orang, nama & i/c, phone number, no.plat kereta, waktu dijangka turun). Dan kena beli permit mendaki RM1/orang (Kalau naik awal pagi, beli permit lepas turun).
    Tapi masa saya naik tu kawan saya Daus pernah naik, so dia tahu trek.
    Kalau tak tahu trek, kena tanya dengan pejabat hutan lah macam mana.
    Trek dia takde banyak cabang pun, sebab well-explored. Tak ada tempat2 yang mengelirukan. (Boleh refer post Gunung Nuang)

    Route dia senang tak senang jugaklah. ha5. Awal2 tu tanah rata, then ada lintas sungai, start kem pacat tu dah mula mendaki. Kalau fitness ok, tak ada masalah pun. Cuma time hujan hati2 sikitlah.
    Kalau perlu maklumat lain email saya afiqahariffin@yahoo.com
    T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Tahniah.. Saya salah seorang pendaki solo.. Trsa mcm nk join anda.. 0192354772 aidil

      Delete
  4. Salam.dah reapeat ke bunga buah tu?sy dah pegi sekali.mmg ada kes org sesat kt atas tu.pusing pusing tempat sama.masa pergi tu jumpa water point x?

    -AA Cat

    ReplyDelete
    Replies
    1. repeat maksudnya cemane
      kalau repeat jalan yg sama ulang2 banyak kali dah try dah
      kalau repeat buat second trip belum lagi
      waterpoint takde jumpa pun rasanya
      ktorang lepas putus caution tape terus je lagi trek sama jumpa saluran paip air
      then terus patah balik sampai tempat 'puncak' sendiri tu
      kalau ikutkan trek dah betul dah yg sampai puncak sendiri tu sebab ade caution tape
      tapi tak taulah

      Delete
  5. Oh..xpe nt try lagi. xtau la sbb da lama xpergi. n xrasa nak repeat sebab trek dia sgt tiring.terutama jalan tar. biasa kalau pergi musim cuti,ramai org naik.blh bertanya...

    ReplyDelete
  6. Next time kalo repeat lagi sila lah gunakan guide yg berpengalaman. Hubungi saya 0172729355 utk pengendalian program mendaki yang lebih baik dan selamat.. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  7. rase nye sblm g kene la study dulu pasal trek ni.bahaye kalau masuk men hentam cromo jer.atleast kene ade guider or org yg bpenglaman.. peace yo..!

    ReplyDelete
  8. tempat batu mcm tabur tu lebih kurang 3- 4hr from starting point..cik afiqah.u better study pasal mane2 trip before hking.I experiences alot from group2 yg suke redahh jer .bahaya tau sbnrnyer. but luckily for u guys nothing bad happend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy akn pergi pd 8Feb ni.nak ikut?jom

      Delete
    2. T.kasih ajak! tapi Gunung Nuang saya dah daki
      All the best for Nuang

      Delete
  9. saya baru saja naik gunung bunga buah semalam.. treknya sgt mencabar sebab kena merentas 3 buah bukit.. tapi.. tapi.. sangat menarik

    ReplyDelete
  10. Tahniah... Sya ada plan nk ke gunung telapak buruk.. Jika ada shabat2 nk beriadah bersama call or SMS 0192354772 aidil salam semua

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah saya mendaki gunung buah siang tadi.
    .memang x dinafikan memang cantik view yg dpt kita tgk...tak dapat nak gambarkan dgn kamera...yang nyat memang awesome...kami mula mendaki pkl 11 pagi..
    sampai di bawah lebih kurang 4 sengah petang...pada yg belum mendaki...selamat mendaki diucapkan.

    ReplyDelete
  12. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb) TTB
    KHIDMAT GUIDE GUNUNG(TG 9024)
    MENGURUSKAN:
    -Permit perhutanan
    -laporan polis
    -khidmat nature guide berlesen
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -4×4 services(return)

    ANDY
    017-9997790
    call/whataps/sms

    ReplyDelete