GuaBlog.Com

Pages

Hutan Lipur Berkelah

10 November 2010
Air Terjun Hutan Lipur Berkelah
Maran, Pahang

Hutan Lipur Berkelah ada air terjun 7 tingkat. Air jernih & sejuk. Tapi sampai sekarang aku tak pasti tempat ni daerah Maran/Gambang. Mungkin sempadan.


Ni air terjun yang paling awal ktorang jumpa. Tak tahulah yang tingkat berapa.
Tak ada tulis. Kira tingkat 1 je lah






Kami bertiga je . Terpaksa set timer.



Trek tepi air. Tak kisah nak lalu trek mana2. Semua trek hala ke puncak.
Insyallah tak sesat sebab trek terang.


Macam2 bentuk aliran air. Ada buih. Takde buih.
Bentuk kolam kecil semua ada.


Gambar ni original. Tak edit cuma letak credit je.
Serius hijau warna air tu. Tapi dalam. Kalau pandai berenang bolehlah.



Nampak tenang je.


Macam gelongsor dah aku tengok design air terjun tu.


Akhirnya. Sampai dah air terjun tingkat ke-7.
Tinggi, cantik, sejuk.
Cuma tak boleh mandi kat sini. Arus deras.


Kami dah tawan Air Terjun Berkelah.


Takkan tengok je. Mesti nak cecah air jugak.
Rombongan Lepas Tension Exam Part 5.

How to go Hutan Lipur Berkelah:
Highway Pantai Timur
Exit Maran
Hala ke Kuantan
Simpang masuk kiri. 5km sampai pintu masuk

Tentang Hutan Lipur Berkelah:
Air terjun 7 tingkat
Dapat nama sebab dulu banyak ikan kelah.

Pulau Tioman

23 & 24 Oktober 2010
Pulau Tioman
Pahang

Hari Pertama
Perjalanan kali ni dari Jengka - Kuantan - Pekan - Rompin - Tanjung Gemok - Mersing.
Gerak dari Jengka kira2 10 pagi. Sampai Mersing dah petang pukul 5 lebih.
Terus beli tiket feri ke Tekek*

Bandar Mersing

Sebelum naik feri


Feri kami jam 6.30 petang. Sampai Tekek dah malam. Terus check-in kat chalet Peladang. Untuk makan malam ada beberapa restoran & warung.
Restoran view laut pun ade.---


Hari Kedua
Hari ni nak pergi snorkeling, Taman Laut dan jalan2 tengok pemandangan pulau. Asalnya jalan kaki je. Tapi ada orang nak bagi pinjam kereta. Kira ok lah kan.


Hidden nature

Pelabuhan/jeti Tekek

Kebetulan pakcik2 ni baru balik tangkap ikan.

Replika burung Tiong

Burung Tiong ni lah asalnya nama Pulau Tioman.


Peminat fotografi boleh datang sini & penuhkan memori kad anda.
Hampir setiap sudut ada view tersendiri. Memang cantik.

Taman Laut Pulau Tioman

Chah bawak nota nak study tu (serius).
Maklumlah masa kami pergi ni study week.


Semua maklumat tentang hidupan laut ada kat sini.
Masuk pun free je. Cuma kena buka kasut.



Snorkeling




Turun kat tepi tangga ni. Pastu boleh ceplos terus dalam air.


Gambar terbaik


Dah puas snorkeling, ktorang saje berenang sampai tepi pantai.
Tak berenang sangatlah guna BA tu.

Lepas snorkeling, balik chalet kemas barang. Pastu jalan2 sekitar tengok cenderahati & lapangan terbang Berjaya yang lebih kurang besar padang bola tu. Pukul 4.30 petang feri gerak dari Tekek ke Mersing. Sampai Mersing terus balik Jengka. Esok paper OM.---


*Tekek
Pulau Tioman ni banyak tempat boleh berhenti. Boleh refer kat bawah ni. Tapi yang popular Salang, Ayer Batang (ABC) dengan Tekek. Ikut suka lah nak stop kat mana & make sure feri yang korang naik tu singgah destinasi pilihan.



How to go Pulau Tioman:
2 pilihan nak naik feri sama ada dari:
- Tanjung Gemok
- Mersing

Pilihan 1: Tanjung Gemok

1) Via KL - Kuantan - Pekan - Rompin - Tanjung Gemok
Lebuhraya Pantai Timur
Exit Kuantan
Hala ke Pekan
Ikut route atas

2) Via KL - Seremban - Bahau - Muadzam Shah - Rompin - Tanjung Gemok
Highway PLUS
Exit Seremban
Ikut route atas


Pilihan 2: Mersing

1) Via KL - Kuantan - Pekan - Rompin - Tanjung Gemok - Mersing
(Jalan sama kalau pilih Tanjung Gemuk cuma naik jeti kat tempat lain)

*Kalau nak naik flight Berjaya aku tak pasti dari airport mana. Destinasi yang aku tahu cuma Tekek je ada flight Berjaya. Kalau nak tahu sila search sendiri.


Tentang Pulau Tioman:
Dapat nama dari burung Tiong
Taman Laut
Snorkeling
Scuba diving (berlesen)
Keluasan Pulau Tioman di kawasan Tekek hanya 3 - 4 km sahaja. Sewa basikal pun ada.
*apa yang aku tulis adalah untuk kat Tekek sahaja. Perhentian lain aku tak pasti sama / tak.