GuaBlog.Com

Pages

Jakarta - Bandung 2

Hari Ketiga
Kartika Sari - Pasar Baru - Cibaduyut - Factory Outlet - Jakarta

Hari ni lepas bersarapan dan check-out dari hotel, bas menuju ke Kartika Sari. Kartika Sari ni tempat jual segala macam kek tradisional, kerepek, biskut dll. Top seller kat sini ialah Kek Pisang. Memang sedap ah. Macam2 jenis kerepek yang jarang jumpa pun ada. Contohnya kami beli pisang salai coklat. Kalau beli banyak, boleh request packing dalam kotak.

Pintu depan

Alisya Qaisara & Tok Wan 

Satu kelemahan tempat ni tak ada tester.
Dapat tengok je lah.
Nak rasa kena beli.

Selesai di Kartika Sari, kami menuju ke Pasar Baru. Tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Macam2 jenis barang ada; telekung, baju, kasut, beg dll tapi dijual dengan harga borong. Kalau pandai tawar, memang jimat. Kualiti barang pun ok. 

Memang puas hati lah. Kalau tak silap ada 9 tingkat. Tapi tempat dia agak sesak so aku tak bawak camera untuk safety. Lagi 1 takut tak cukup tangan nak bawak barang shopping. Selesai di Pasar Baru kami singgah makan tengahari.

Budak2 jual surat khabar cari duit.
Selipar pun tak ada.

Silver man ni aku tak kesian.
Kutip derma untuk anak yatim tapi pakai macamtu. 
Macamana nak sembahyang?
Jadi makin ragu-ragu betul ke derma tu untuk anak yatim / bukan.

Lepas makan tengahari, tempat seterusnya ke Cibaduyut. Cibaduyut ni tempat barangan kulit yang original macam kasut, beg, jaket kulit dll. Harga pun boleh tahan, tak mahal sangat. Yelah, orang Malaysia kan umpama jutawan kalau kat Indon. Kalau berjiwa Awie sesuai lah shopping kat tempat ni. Yang berjiwa Giyomi duduk je lah.

 Jangan terkejut seniman jalanan naik bas korang.
Dia akan turun kat next stop yang korang berhenti.
Biasanya dia dah pakat dengan tourist guide dulu.
(1 lagu 1000 rupiah = 0.34 sen)

Dari Cibaduyut kami bergerak ke Factory Outlet yang berada di sepanjang Jalan Riau. 4 penjuru Jalan Riau tu semua Factory Outlet. Kedai lain2 tapi barang2 tu semua dari jenama international. (Gambar tak ada sebab over excited sampai lupa pasal camera) 

Dah habis menabung kat Factory Outlet, rombongan kami makan malam dan terus menuju ke Jakarta melalui highway. Sampai Jakarta lebih kurang 1.30pagi, check-in Orchardz Hotel dan tidur. Tamat hari ketiga.


Hari Keempat
Taman Mini Indonesia - Tanah Abang - Jakarta Airport - KLIA

Sarapan pagi, check-out dan bergerak ke Taman Mini Indonesia. Taman Mini Indoensia terletak bermacam2 binaan replika bangunan yang menunjukkan budaya di Indonesia macam jenis2 rumah, muzium dll. Tempatnya dibahagikan ikut kepulauan; Rumah2 di Pulau Jawa satu kawasan, Pulau Sumatera satu kawasan lain.

Rumah - rumah yang terdapat di Taman Mini Indonesia





Ada cabel car kat belakang tu untuk tinjau keseluruhan 
Taman Mini Indonesia dari atas.

 Replika pesawat Indonesia pertama

 Muzium Komodo (biawak Komodo)

 Muzium Tentera

Hampir2 sama macam design Tembok Besar China

 Terminal Skylift untuk cable car tadi. Ada 3 terminal A, B dan C.

Dari Taman Mini kami bergerak ke Tanah Abang yang juga tempat shopping. Tempat ni paling sesuai untuk memborong sebab ada beberapa barangan macam telekung yang lebih murah dari Pasar Baru. Tapi tempat ni paling crowded dari semua tempat shopping yang telah kami pergi.

Aku ada ternampak seorang mak cik terjatuh meniarap disebabkan nak menyelit dengan orang yang nak membeli barang. Ruang laluan memang cukup, tapi sikap peniaga yang nak display barang maximum, jadi ruang laluan dah penuh dengan barang. Risiko kecurian pun tinggi jadi sila berhati2. 

Tanah Abang ni ada di kiri & kanan jalan dan ada jambatan di tengah2. Kalau berjalan cuba cam tempat masuk. Kalau tak, confirm sesat seperti yang dah berlaku kat ahli rombongan. Kepada yang sesat tunggu luar bangunan di tepi jalan supaya senang dicari.

Tanah Abang tempat terakhir shopping lepas tu terus ke airport. Selesai check-in, bayar tips pada Pak Asif, kami masuk gate tunggu untuk berlepas.

 Duty free shop

Selamat tinggal Jakarta - Bandung.---


Kos perbelanjaan
* Duit belanja tu mungkin tak sama bergantung pada masing-masing punya bajet

Tips tambahan:
- Check tarikh cuti sekolah di Indon masa trip korang. Cuba adjust jangan bertembung untuk elak jem. 
- Cuba tawar menawar dengan peniaga sebanyak 70% - 75% dari harga asal. Pak Asif kata barang memang murah, peniaga saja tekan harga lagi2 kalau pelancong Malaysia. 
- Kalau pergi mall, elakkan bawa barang2 berharga. Kalau bawa beg, pakai belah depan. 
- Beli pakej sekali dengan makanan halal. Susah nak beza halal haram kat Indonesia. 
- Kalau nak pesan beli seluar jeans, bawa contoh. Jangan bagi saiz je sebab cutting lain2.

Jakarta - Bandung 1

29 Jun - 2 Julai 2013
Kota Jakarta & Kota Bandung
Kepulauan Jawa, Indonesia

Jakarta terletak di Kepulauan Jawa bahagian Utara. Jakarta ialah kawasan tanah rendah dan berhampiran dengan perairan / laut. Waktu Jakarta lewat 1 jam dari waktu Malaysia. 

Penerbangan MAS* dari KLIA ke Jakarta ambil masa lebih kurang 3 - 4 jam bergantung pada keadaan cuaca. Masa kami melawat cuaca agak teruk sebab jerebu. Mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta jam 11.30 pagi (Waktu Jakarta). Trip kali ini melibatkan 17 orang ahli rombongan.

Hari Pertama
KLIA - Jakarta - Mangga Dua - Bandung

Sebelum berlepas

Sebelum mendarat

Penduduk padat

Lepas berjumpa dengan tour guide Pak Asif, rombongan kami naik bas untuk makan tengahari. Sepanjang perjalanan, kami melalui Kota Jakarta yang machet (sesak). Kebetulan cuti sekolah di Indonesia sudah bermula. Disebabkan bas yang bergerak lambat, dapatlah beberapa gambar untuk dikongsi.


Penjual surat khabar kat lampu isyarat

Menurut Pak Asif, Bahasa Indonesia banyak dipengaruhi oleh Bahasa Belanda bermula semasa Belanda menduduki Indonesia (sila baca buku sejarah tingkatan 2). Contoh; kantor (pejabat). 
Banyak perkataan dalam Bahasa Indonesia adalah gabungan dua perkataan. Contoh; bandara (lapangan terbang) gabungan dari perkataan bandar udara.

Sekitar Kota Jakarta

Balai Bomba - Pantang pulang sebelum padam

Pengangkutan awam utama di Jakarta ialah bas Transjakarta. Stesen bas dibina sebelah kanan jalan dan ada lorong khas. Lorong khas tu cuma bas sahaja boleh lalu. Kalau kenderaan lain lalu, kena saman. 

Tapi biasalah, siapa yang heran. Ada juga yang lalu. Penumpang yang naik atau turun akan guna jejambat macam gambar kat bawah ni. Pak Asif kata, MRT akan ada dalam tahun 2014.

Jejambat untuk penumpang bas

Bas Transjakarta yang extra panjang

Stesen Glodok

Lepas makan tengahari, kami menuju ke Pusat Membeli Belah Mangga Dua. Sebenarnya Mangga Dua ni ada banyak tempat; Mangga Dua Square, Mangga Dua ITC, Mangga Dua WTC dll. 

Yang kami pergi ada 5 lantai (tingkat). Setiap tingkat ada jenis jualan tertentu. Ada yang beg sahaja, pakaian, kasut. Kami diberi masa 2 jam dari 12.30tengahari - 2.30petang.


View dari atas

Jual stokin je tapi ada terminal kredit kad. 
Untuk kegunaan belian pukal (bulk purchase) / pelancong yang tak bawak cash.

Lepas selesai di Mangga Dua, kami terus bergerak ke Bandung dengan bas pelancong melalui lebuhraya. Lebih kurang pukul 5.30petang, bas berhenti di Rest Area (RnR) Kerawang untuk solat. 

Jarak dari Rest Area Kerawang ke Bandung lebih kurang 115km dan akhirnya sampai Kota Bandung jam 8.30 malam. Terus pergi makan malam.


Rumah Makan Wibisana


 Lauk memang terbaik!

 Design dalaman restoran ni guna konsep buluh dan kayu2. 
Bahagian atap memang totally buluh.
Suasana tetap sejuk walapun tak ada kipas. Unik!

Kat mana2 ada pelancong mesti ada peniaga termasuk depan restoran. 
Tshirt, keychain, beg kulit macam2.

Lepas makan kami terus menuju Fave Hotel, check-in dan zzzz. Tamat hari pertama---


Hari Kedua
Tangkuban Parahu - Sari Ater - Rumah Mode - Toko Tiga - Kampung Daun

Suasana pagi di Kota Bandung



Dah start buka gerai

Tak tahu makanan apa yang dijual.
 Ingatkan nak try tapi dah ada breakfast hotel.

Depan hotel

Fave Hotel

Papan tanda kedai yang menarik!

Morning briefing

Kota bandung terletak di Kepulauan Jawa bahagian Barat. Bandung ialah kawasan tanah tinggi, pergunungan dan agak dingin berbanding Jakarta. 

Lepas sarapan pagi di hotel, jam 8.30 kami bergerak ke Gunung Tangkuban Parahu (TP). TP ni dalam daerah Subang dan lebih kurang 29km dari hotel kami. Perjalanan ambil masa +-45minit.

Tangkuban Parahu bermaksud perahu terbalik. Ada mitos tentang macam mana perahu terbalik dan menjadi kawah gunung berapi. Puncak gunung berbentuk seperti perahu terbalik berdasarkan cerita rakyat.

Pintu masuk Tangkuban Parahu



Outbound courses kat TP

Bas pelancong tak dibenarkan naik TP sebab jalan sempit. 
So bas parking sini, kami naik van.
Van ada dari 7.00pagi - 6.00petang

Jarak dari parking bas ke puncak TP lebih kurang 1.5km. Suhu di puncak TP 17 degree - 19 degree Celcius. Dinasihatkan pakai mask sebab ada bau sulfur.


Kawah Ratu ialah kawah utama dan masih aktif. 
Ada tower disediakan untuk view lebih cantik.


Kawasan TP memang penuh dengan peniaga.
Pandai2 lah tepis kalau tak nak beli. 
Kalau nak beli sila tawar dulu.

Putih tu pulut bakar. Yang hitam tu tak pasti.

Mak bonda sedang beli buah raspberi

TP tak terhad pada satu tempat sahaja untuk tengok view. 
Boleh jalan sepanjang trek ni untuk view berbeza.


Pukul 11 pagi kami bergerak ke Sari Ater Hot Spring yang mengambil masa +-15 minit. Perjalanan ke Sari Ater melalui kebun teh dan tanaman2 suhu dingin.






Sari Ater Hot Springs

Pintu masuk

Penjual aiskrim bergerak

Resort ni ada tempat penginapan dan tempat rekreasi sendiri. 
Tempat rekreasi tu terbuka untuk orang luar jugak walaupun tak menginap di sini tapi kena bayar. Macam Sunway Hotel lah kalau kat Malaysia.

Aktiviti yang disediakan

Aku, Mak & Ayah decide tak nak rendam kaki dalam air panas. Kami prefer jalan2 sekitar kawasan rekreasi ni since macam2 aktiviti yang ada.



Yang ni sesuai kalau nak tidur2


Water bicycle


Ni kolam apa aku pun tak tahu.

Excited pulak

Yang kuning tu inti pisang balut dengan kulit popia lepastu goreng.
Ntah apa namanya.

Salah satu tempat mandi. 
Mandian jodoh (mitos a.k.a khurafat)


CFC Restaurant. Jenama makanan segera Indonesia.

Selesai di Sari Ater, rombongan menuju ke Kota Bandung semula melalui jalan TP.

Polisi dua anak sahaja

Singgah nak beli serbuk teh

Alang2 singgah, duduk minum terus.
Tempat untuk duduk minum teh ni boleh tengok view belakang sana.

Brand paling top kat area ni. Teh Walini.

Pak Asif terangkan jugak, sate kelincin (arnab) pun ada kat sini. Biasalah kan. Rupanya ada jugak sate biawak. Top seller pulak tu. (Ish kembang tekak weh!). 

Untuk sampai ke Kota Bandung, kami ambil masa lebih +- 2jam sebab jalan jem. Lepas makan tengahari & solat di Rumah Makan Sederhana, bermulalah sesi beli belah di Rumah Mode.

Tak ada apa yang aku beli kat Rumah Mode. Then, kami bergerak ke Toko Tiga Jeans. Haa yang ni memang membeli beriya sikit (tiada gambar). Selesai beli jeans kat Toko Tiga, kami ke Kampung Daun untuk makan malam.

Perjalanan ke Kampung Daun ni agak lama dalam 1 jam. Tapi memang puas hati. Makan sedap, tempat pun cantik. Kata Pak Asif, tak banyak pakej offer ke tempat ni sebab jauh. Terbaik lah Pak Asif bawak kita orang!

Pintu masuk

Jualan sikit2

Suasana hutan yang sejuk

Kasir - cashier

Tempat makan ktorang melalui tangga ni.
Kampung Daun ni kawasan dia luas.

Air terjun belakang tu semula jadi punya. 
Bukan restoran ni yang buat.

Siap ada bantal kot kat belakang tu

Open table

Ikan tu lipat separuh tapi tak patah

Ini environment tempat kami makan

Kalau ramai atau nak buat event sini sesuai

Ni sesuai untuk family

Air terjun

Kawasan sekitar dalam Kampung Daun.
Sangat nature.

Lepas makan kami balik hotel, kemas barang untuk balik Jakarta esok. Tamat hari kedua---