GuaBlog.Com

Part-time cuti sem?

Mesti ramai student2 IPT yang dah ada plan nak kerja part-time lepas exam kan. So, siapa2 yang berminat nak kerja part-time cuti sem ni, aku nak kongsi sikit guide dengan korang.



EPF
Ramai yang tak tahu. Ataupun tahu tapi tak nak ambil port. Sebenarnya part-timers layak dapat EPF & Socso. Benda ni ada dalam Employment Act dan wajib untuk majikan. Kalau korang kerja 2.5 hingga 5.5 jam, korang adalah kategori part time workers. Tapi ramai part-timers yang tak dapat EPF. Itu terserahlah pada individu kalau nak halalkan ke apa. Aku just nak bagitau yang korang layak & berhak.


Gaji
Part-timers selalu kagum kalau gaji bayar ikut jam. Dengar RM7-8 sejam dah suka dah. Korang rasa gaji sehari tu murah. Jangan salah anggap eh. Selalunya gaji sejam yang mahal ni, nak pakai orang untuk beberapa jam je. So korang tak ada harapan nak kumpul hours banyak2. Maybe ade jugak kot. Rezeki masing2 ah. Cuba bandingkan kat bawah ni:

MCD :
Katakan RM7 sejam (ni pun untuk midnight shift je, kalau siang murah sikit).
Kerja 5 jam (Kira hours standard lah)
Seminggu 4 hari (Kalau student agak jarang berlaku)

$ = RM7 X 5 jam X 4 hari
= RM 140 seminggu


Banquet / crew catering:
RM 80 sehari
Kerja 6 jam (4 petang - 11 malam. Event dinner/harijadi lah contoh)
Seminggu 2 hari (Sabtu & Ahad)

$ = RM80 X 2 hari
= RM 160 seminggu


Ada beza kan? Tenaga & masa untuk kerja tak sama. Aku suggest pada korang yang ada transport tu, search coming event kat kawasan korang macam karnival buku/pesta perkahwinan ke apa2. Contact person yang in-charge event tu. Biasanya dorang perlukan orang untuk kerja sepanjang event tu. Lagi2 kalau korang jenis yang boleh buat kerja ad-hoc.


Jenis kerja
Orang yang suka kerja part-time selalunya prefer kerja kat company2 besar. Macam fast food, watson, butik dll. Sebab company tu sure ada polisi untuk part-time, gaji mahal, tak kena tipu & macam2 lagi sebab. Tapi, ikut pengalaman aku part-time ni boleh buat kat mana2 je selagi majikan tu kata ok.

Aku dapat buat part-time kat pusat tuisyen yang iklan dia tak ada tulis pun nak pekerja part-time. Alhamdulillah dapat. Kerja aku cuma tanda homework budak dan jaga data2 yuran, markah ape semua. Tak mengajar pun.

So bukalah mata korang dalam mencari kerja part-time. Jangan limitkan diri ikut keadaan biasa. Macam2 jenis kerja korang boleh buat. Aku pernah dapat offer untuk tolong drive bos aku gi KL. Pastu dia bayar RM50 sebab malam. Padahal tak ada kena mengena pun dengan tuisyen. Amacam? How cool is that? Kalau kena gaya maybe korang dapat terus kerja walaupun dah start sem baru. All the best.


Ni aku nak share satu hadis yang berguna untuk motivate pekerja2 part-time.
"Wahai hamba-hambaKu sesungguhnya setelah terbit fajar, melatalah (bergerak, berjalan) kamu di atas muka bumi-Ku, nescaya rezeki-Ku ada"
Sila fahamkan. Sekian---

PD Ostrich Farm

11 June 2011
Ostrich Farm
Port Dickson, Negeri Sembilan

Signboard sebelum masuk simpang.
Kalau tak nampak tak tahulah.




Ni kat sebelah restoran dalam Ostrich Farm ni.
Ada jual daging ostrich dengan produk2 lain macam losyen.
Nak try datanglah sini.


Telur ostrich yang sangat kuat.
Hang berdiri 2 orang pun tak pecah (120kg maximum)



Ada jugak sikit2 binatang macam arnab dan lain. Tapi fokus pada ostrich lah tempat ni.


Pintu masuk


Ahli rombongan.


Untuk maklumat korang, Ostrich Farm PD dah tak ada buat service ostrich-riding. Tak dapatlah rasa naik ostrich. Kalau nak kena pegi dekat ostrich farm lain. Kat Seremban ada jugak. Saje ktorang pegi PD ni.---



How to go PD Ostrich Farm:
Highway North-South Expressway
Exit Port Dickson
Hala ke Teluk Kemang
Lokasi kat Batu 9, Teluk Kemang
Masuk simpang kiri kat signboard
* Laluan masuk sebelah Politeknik Port Dickson

Tentang PD Ostrich Farm:
Bayaran masuk RM8 (dewasa) RM4 (kanak-kanak)

Masih Relevankah Ketuanan Melayu? (Khas utk pelajar IPT)

Salam pada semua.

Sebelum korang salah faham, aku nak jelaskan dulu tentang post ni.
Aku bukan nak mencetuskan apa2 isu tapi cuma nak kongsi pendapat aku je.



Sebagai pelajar IPT kat Malaysia ni, aku pasti macam2 yang korang tak puas hati kan. Peraturan itu ini. Biasalah tu. Tapi tentang ketuanan Melayu ni ade cerita sikit.
Sepanjang aku belajar kat IPT aku rasa lebih 10 kali ktorang hadir ceramah ketuanan Melayu. Wajib ada, yang datang sendiri pun ada.

Terus terang aku cakap ceramah ketuanan Melayu membosankan. Aku pasti pelajar IPT lain pun rasa benda yang sama. Banyak sebab2 yang jadikan kami rasa macam ni.


Benda sama berulang2
Penceramah orang lain2 tapi cakap benda sama. Kalau rakam time part 1 punya compare dengan part 4/5 same je. Kalau tak percaya, sape yang tulis nota time ceramah tu (ada ke?) cuba compare balik. Cerita pasal sejarah, isu semasa lepas tu apa lagi POLITIK! Promosi sana sini.
Time boleh layan kita layan. Time tak boleh, sori lah encik penceramah.


Kenapa hina?
Aku perasan banyak kali. Time awal2 ceramah tu memang yang negatif je. Melayu buang anak lah, rompak sana, ragut sini, bunuh mak bapak, lari rumah macam2 lagi. Pasal dadah jangan cite ah. Ada sekali aku ingat, ada penceramah tu siap tunjuk statistik gejala sosial ikut bangsa. Tak salah share maklumat. Tapi cukuplah sekadar cakap. Yang baik2 takde pulak tunjuk. Anak Melayu genius, berjaya sana sini kau diamkan kenapa?
Aku tanya koranglah. Korang rasa mana lebih bagi motivasi untuk berjaya? Tunjuk benda baik/buruk? Jawab sendiri.
Tengok bangsa lain naikkan semangat anak muda macam mana? Sama ke dengan kita?


Tak specific.
Masa kesimpulan tu mesti cakap macam ni. So start sekarang kita kena berubah. Kita kena bersatu bla3. Jadi rakyat yang lebih baik. Jaga diri, sayang negara dan lain2. Nakbersatu tu beratus ribu caranya. Cuba cakap kita patut mula dengan ekonomi ke, bisnes ke, improve pendidikan ke ape. Habistu sebenarnya kami ni nak buat apa? Dengar itu ini last2 balik tu jem tak tahu apa nak buat.
Cuba ambil Singapura sebagai contoh (yang baik);
Kat sana, dia kata if u love Singapore, donate for your country! Kan specific tu. Senang nampak kan.


Bias, bias dan bias.
Kalau perasan ceramah yang berakhir dengan politik mesti background hampir2 sama. Cuba jangan bias. Ambil lah penceramah dari bahagian2 lain, macam dari bahagian kesihatan utk buat ceramah seks bebas ke contohnya. Ini tak lepas dia, dia punya group jugak. Nak cakap tajuk apa pun mesti ada politik. Macam mana student tak menyampah dengan politik.
Bukan aku kata politik tu jahat tapi student banyak terdedah dengan benda2 macam ni. Kalau anda sendiri yang kena, menyampah tak?


Harap maaf pada mana2 pihak kalau kasar bahasa. Tapi aku rasa ramai lagi student IPT yang fikir macam ni. Kami golongan pelajar nak berfikir pun ada orang guide. Nasihat lain. Mengarah lain. So, bila nak independent? Lepastu bising Melayu layu lah ape lah. Cuba tengok tindakan korang dulu. (Pindaan AUKU yang dibuat baru2 ni, bagus. Dan terima kasih.)

Sapa2 nk bagi komen silakan. Aku cuma pelajar biasa yang ada rasa cinta pada negara.
Aku alu-alukan komen dari sape2 sahaja.

Sekian. Aku sayang Malaysia.

Gunung Datuk

8 November 2011
Gunung Datuk
Rembau, Negeri Sembilan




Awal2 dah trek terus pacak. Takde rilex2.


Konon ambil gambar padahal dah tercungap.

Trek yang langsung tak bagi peluang.


Tempat first rehat.

Pokok ni memang bentuk macam ni ke tumbang tak habis?


Sebelum sampai puncak.


Kena panjat tangga ni dulu sebelum naik puncak.

Puncak Gunung Datuk


View dari atas.

Ikut maklumat, boleh nampak Selat Melaka.
Tapi tak sure kat belah mana.

Mitos tapak kaki Hang Tuah.

A picture is worth than thousand words.

Masih nak pakai windbreaker tu.

Masa kat atas ada hujan jap. So dapat tengok kabus.


Update status facebook. Line broadband kencang weh.
Semangat sungguh bawak laptop.


Berbaloi penat mendaki.


Siswi sahaja.


It's the climb.


Aku suka background gambar ni. Just nice.


Kena ikut tinggi ke?


Gambar2 gak. Turun elok2.


Pelajar2 UiTM Arau.
Tamat pendakian.


Hutan Lipur Gunung Datuk


Kalau nak baca zoom lah.

How to go Gunung Datuk:
Highway North-South Expressway
Exit 223 - Pedas/Linggi
Lepas tol masuk kiri.
Bulatan no. 3
Trafic light - kanan. Terus.
Lepas trafic light - kiri (Masuk simpang Gunung Datuk)
* Laluan masuk lalu kebun getah.

Tentang Gunung Datuk:
Lokasi kat Batang Nyamor, Gadung.
Tapak kaki Hang Tuah.
Boleh bermalam kat puncak.
Permit RM5. Sijil pun ada disediakan.
Ada banyak fasiliti kalau nak buat aktiviti group.

Taman Negara

3 - 5 Mei 2011
Taman Negara, Kuala Tahan
Jerantut, Pahang

Hari Pertama - 3 Mei

Camp Site
Woodlands
Night Walk
Camp Fire
Malam Kugiran Melayu
Hari Kedua - 4 Mei
Sarapan
Jungle Trekking
Canopy Walk
Bukit Terisek
Hari Ketiga - 5 Mei
Gua Kota Gelanggi


How to go Taman Negara:
Highway KL-Karak
Exit Temerloh
Hala ke Jerantut
Ikut signboard

Tentang Taman Negara:
Night Walk
Jungle Trekking
Trekking Bukit Terisek
Canopy Walk
Rapid shooting
Night safari
Lawat Orang Asli village (Suku kaum Batek)