GuaBlog.Com

Pages

Gunung Bunga Buah

24 Januari 2013
Gunung Bunga Buah
Genting Highlands, Pahang

Pendakian kali ni kami buat masa cuti Maulidur Rasul. 
Lepas kumpul maklumat dari orang2 yang dah mendaki, 
ktorang teruskan trip ke Gunung Fruit Flower ni seperti yang dirancang. 
Ikut maklumat takyah guide pun boleh, so kami naik je tanpa guide.

Untuk sampai puncak Gunung Bunga Buah kena lalu beberapa tempat; 
Kebun sayur & buah, Jalan lama, Kawasan bekas kuari, Rock Garden (takpasti kat mana sebab pegi tanpa guide) then barulah Puncak Gunung Bunga Buah. 

Sampai Genting lebih kurang pukul 5 pagi. Report kat balai polis dulu, bagitahu nak naik gunung. Then lepak kat surau balai sampai lepas subuh. Kami start mendaki kira2 8.50 pagi.

Sebelum mendaki 
Kawasan belakang kedai Cina

Bermula dari jalan berhadapan Inti College Genting Highlands*
Starting point

Depan Inti College ada kebun sayur ni

Penghujung jalan tu sebelah kiri akan ada trek. 
Pendaki akan melalui kebun sayur yang lain.
Anyway, sila minta izin dengan tuan kebun nak tumpang lalu. 
Amalkan nilai2 murni ye. 
Kebun sayur auntie tersebut. Kami dah minta izin.

Laluan ke trek gunung tak semudah yang disangka. 
Lepas kebun sayur auntie tadi, 
ada simpang sebelah kiri macam gambar kat bawah ni.
Simpang ni adalah permulaan mendaki 80 darjah lebih kurang 25-40 minit bergantung kepada fitness & motivasi dalaman anda.

Simpang mula mendaki

Lepas dah bertemu lutut dengan dada untuk 40 minit, 
ktorang sampai kat jalan tar lama.
Keluar kat sini lepas trek mendaki 80 darjah tadi & jumpa jalan tar lama.

Tempat keluar ada signage Gohtong Jaya. 
Nanti nak turun ikut sini balik.

Inilah jalan tar lama tu. 
Ikut maklumat, jalan tar ni ialah jalan lama nak pergi Genting Highlands dulu.
Sekarang dah tak guna dan terpisah dari jalan2 lain. Maksudnya no access lah. Naik 4Wheel pun tak boleh.

Dari jalan tar lama, kami ikut sebelah kiri 
& jalan sampai penghujung jalan (jalan tar dah habis).
Then ada dua simpang keliru. Yang kanan menaik tapi tak ada caution tape.
Yang kiri menurun & ikut trek hutan, ada caution tape.
Rasa2 macam afdhal kalau dahulukan sebelah kanan, 
so kami pilih jalan kanan yang agak mendaki sikit.

Jalan punya jalan ktorang jumpa kawasan merbahaya sebelah kiri.

Then jumpa private property. 
Menyedari hakikat salah jalan, kami patah balik ke simpang keliru tadi & 
pilih jalan ke kiri (ikut caution tape)
Property siapa lah tengah2 hutan ni agaknya?

Dari simpang kiri tadi trek mendatar & mudah. 
Melalui jalan hutan. Lalang kiri kanan.
Sebelah kanan adalah bukit batu (bekas kuari lama). 
Tapi tak berapa jelas sebab masih berkabus.

Namanya pun Gunung Bunga Buah, jadi post ni banyak gambar bunga yang dijumpai sepanjang pendakian. Jangan silap, kami hanya cintakan alam sekitar, bukan mat bunga. 
Bunga pertama yang dijumpai.
Aku melihat bunga, bukan Aizat.

Masih berkabus.
Memang natural tau bukan buat2 effect camera.

Bunga kedua

Kumbang2 penyeri trip ha5

Bunga ketiga

Bunga keempat

Trek hutan tadi membawa ke tempat lapang & luas ni.
Ktorang rehat sini jap.

Dari sini boleh nampak Genting on the other side.

Tapi ktorang nampak kabus je ha5

Time ni dah bermula sesi membuang pacat.

Biar ah aku nak amik gambar bunga banyak2. 
Nak tunjuk kat mak ha5.

Terasa cantik tengok bunga2 ni because they are left untouched.

Haa ni lah satu2 buah yang kami jumpa (kalau betul buah lah)

Timer sangat membantu utk gambar ni. 
Sini baru start mendaki semula.

Kalau cuaca gelap sikit, pokok ni glow in the dark kalau tak silap.




Kira2 pukul 12 lebih ktorang sampai ke simpang yang caution tape putus.
Tak ada klu langsung. Macam biasa, afdhal sebelah kanan, kami jalan jugak sampai dah jumpa bukit tanah merah & paip air pukul 1.30petang. Lagi sekali rasa macam salah jalan, ktorang patah balik ke last caution tape.

Aku tak jumpa pun batu yang macam kat Bukit Tabur, tapi kawasan lembah yang menurun aku dah lalu. Come on lah.  6 orang kot cari tak jumpa. Kalau sorang lain lah. Betul2 tak ada rezeki nak sampai puncak.

Siap dah call orang2 yang pernah naik (Terima kasih Syeikh!) & dah jalan tempat yang sama 4 kali, tetap tak jumpa jalan ke puncak. Akhirnya kotang redha. Bukan putus asa, tapi ada limit jugak ha5. Kalau dah pukul 3petang, nak tunggu lagi ke? Cuaca pun tak ok.
So ktorang decide nak makan & solat je kat puncak sendiri ni ha5.

Muka pasrah masing2 ha5.
Takpe yop, idok rezeki kita kali ni gamaknya.

Dah sampai 'puncak' ha5

Semangat gila bawak bendera, puncak tak jumpa pun ha5

Bojang, Aizat, Intan, Sakinah, Mira. 
Yang over depan tu aku tak tahu sape ha5.

Masa utk naik & turun +- 9 jam. Memang agak slow sebab kami naik lepas hujan. Trek licin sikit. Tak campur ambil gambar lagi. Lepas turun mandi, solat, makan then balik. 
Komen aku tentang GBB; Trek ke gunung memang enjoy. Selang seli mendaki, mendatar, medaki mendatar dan seterusnya. Tak pressure langsung. Pendaki2 lain kalau nak naik, ikut je caution tape sebab caution tape ada sampai puncak (syeikh bagitau). Jangan cuba2 explore takut sampai kat Janda Baik pulak. Sekian---

How to go Gunung Bunga Buah:
Highway KL Karak
Ikut signage Genting Highlands
Hala ke Hotel Seri Malaysia
* Simpang masuk lalu belakang kedai Cina, dekat Inti College.

Tentang Gunung Bunga Buah:
Dapat nama sempena bunga & buah yang banyak tumbuh sepanjang trek ke puncak.
Puncak ada beirut & boleh bermalam
Tak ada bayaran permit mendaki & parking free
Tempat menarik terdekat; Genting Highlands Theme Park