GuaBlog.Com

Jakarta - Bandung 2

Hari Ketiga
Kartika Sari - Pasar Baru - Cibaduyut - Factory Outlet - Jakarta

Hari ni lepas bersarapan dan check-out dari hotel, bas menuju ke Kartika Sari. Kartika Sari ni tempat jual segala macam kek tradisional, kerepek, biskut dll. Top seller kat sini ialah Kek Pisang. Memang sedap ah. Macam2 jenis kerepek yang jarang jumpa pun ada. Contohnya kami beli pisang salai coklat. Kalau beli banyak, boleh request packing dalam kotak.

Pintu depan

Alisya Qaisara & Tok Wan 

Satu kelemahan tempat ni tak ada tester.
Dapat tengok je lah.
Nak rasa kena beli.

Selesai di Kartika Sari, kami menuju ke Pasar Baru. Tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Macam2 jenis barang ada; telekung, baju, kasut, beg dll tapi dijual dengan harga borong. Kalau pandai tawar, memang jimat. Kualiti barang pun ok. 

Memang puas hati lah. Kalau tak silap ada 9 tingkat. Tapi tempat dia agak sesak so aku tak bawak camera untuk safety. Lagi 1 takut tak cukup tangan nak bawak barang shopping. Selesai di Pasar Baru kami singgah makan tengahari.

Budak2 jual surat khabar cari duit.
Selipar pun tak ada.

Silver man ni aku tak kesian.
Kutip derma untuk anak yatim tapi pakai macamtu. 
Macamana nak sembahyang?
Jadi makin ragu-ragu betul ke derma tu untuk anak yatim / bukan.

Lepas makan tengahari, tempat seterusnya ke Cibaduyut. Cibaduyut ni tempat barangan kulit yang original macam kasut, beg, jaket kulit dll. Harga pun boleh tahan, tak mahal sangat. Yelah, orang Malaysia kan umpama jutawan kalau kat Indon. Kalau berjiwa Awie sesuai lah shopping kat tempat ni. Yang berjiwa Giyomi duduk je lah.

 Jangan terkejut seniman jalanan naik bas korang.
Dia akan turun kat next stop yang korang berhenti.
Biasanya dia dah pakat dengan tourist guide dulu.
(1 lagu 1000 rupiah = 0.34 sen)

Dari Cibaduyut kami bergerak ke Factory Outlet yang berada di sepanjang Jalan Riau. 4 penjuru Jalan Riau tu semua Factory Outlet. Kedai lain2 tapi barang2 tu semua dari jenama international. (Gambar tak ada sebab over excited sampai lupa pasal camera) 

Dah habis menabung kat Factory Outlet, rombongan kami makan malam dan terus menuju ke Jakarta melalui highway. Sampai Jakarta lebih kurang 1.30pagi, check-in Orchardz Hotel dan tidur. Tamat hari ketiga.


Hari Keempat
Taman Mini Indonesia - Tanah Abang - Jakarta Airport - KLIA

Sarapan pagi, check-out dan bergerak ke Taman Mini Indonesia. Taman Mini Indoensia terletak bermacam2 binaan replika bangunan yang menunjukkan budaya di Indonesia macam jenis2 rumah, muzium dll. Tempatnya dibahagikan ikut kepulauan; Rumah2 di Pulau Jawa satu kawasan, Pulau Sumatera satu kawasan lain.

Rumah - rumah yang terdapat di Taman Mini Indonesia





 Ahli rombongan

Ada cabel car kat belakang tu untuk tinjau keseluruhan 
Taman Mini Indonesia dari atas.

 Replika pesawat Indonesia pertama

Masa berjalan2 sekitar taman ni, ada jurugambar yang 
akan ambil gambar pelancong.
Nanti sebelum keluar, dia jual gambar dah siap print.

 Muzium Komodo (biawak Komodo)

 Muzium Tentera

Hampir2 sama macam design Tembok Besar China

 Terminal Skylift untuk cable car tadi. Ada 3 terminal A, B dan C.

Dari Taman Mini kami bergerak ke Tanah Abang yang juga tempat shopping. Tempat ni paling sesuai untuk memborong sebab ada beberapa barangan macam telekung yang lebih murah dari Pasar Baru. Tapi tempat ni paling crowded dari semua tempat shopping yang telah kami pergi.

Aku ada ternampak seorang mak cik terjatuh meniarap disebabkan nak menyelit dengan orang yang nak membeli barang. Ruang laluan memang cukup, tapi sikap peniaga yang nak display barang maximum, jadi ruang laluan dah penuh dengan barang. Risiko kecurian pun tinggi jadi sila berhati2. 

Tanah Abang ni ada di kiri & kanan jalan dan ada jambatan di tengah2. Kalau berjalan cuba cam tempat masuk. Kalau tak, confirm sesat seperti yang dah berlaku kat ahli rombongan. Kepada yang sesat tunggu luar bangunan di tepi jalan supaya senang dicari.

Tanah Abang tempat terakhir shopping lepas tu terus ke airport. Selesai check-in, bayar tips pada Pak Asif, kami masuk gate tunggu untuk berlepas.

 Duty free shop

Selamat tinggal Jakarta - Bandung.---


Kos perbelanjaan
* Duit belanja tu mungkin tak sama bergantung pada masing-masing punya bajet

Tips tambahan:
- Check tarikh cuti sekolah di Indon masa trip korang. Cuba adjust jangan bertembung untuk elak jem. 
- Cuba tawar menawar dengan peniaga sebanyak 70% - 75% dari harga asal. Pak Asif kata barang memang murah, peniaga saja tekan harga lagi2 kalau pelancong Malaysia. 
- Kalau pergi mall, elakkan bawa barang2 berharga. Kalau bawa beg, pakai belah depan. 
- Beli pakej sekali dengan makanan halal. Susah nak beza halal haram kat Indonesia. 
- Kalau nak pesan beli seluar jeans, bawa contoh. Jangan bagi saiz je sebab cutting lain2.

4 comments:

  1. wah jakarta-bandung kali ni...
    saya pegi ngn kawan2 7-11/3/2013 aritu..best shopping la kan...haha
    kat bandung sy ada pegi kawah putih..best..view lebih kurang kat tangkubang perahu tue...

    ReplyDelete
  2. setuju..kalau nak beli kena tawar gila2..masa pergi dlu..brang sana memnag murah..cuma bajet je x de :)

    ReplyDelete
  3. weh sori.. luar topik jap

    KURSUS MENYELAMAT DI AIR - PINGAT GANGSA kembali lagi ..
    Tarikh : 17 - 19 Disember, 2013 (Sesi 1) & 07 - 10 Januari, 2014 (Sesi 2)
    Tempat :di Putrajaya
    Nota :
    1) Tidak tahu berenang pun boleh asalkan berminat & komited
    2) Yuran komitmen hanya RM60 sahaja
    3) Makan, minum, pakaian renang diberikan
    4) Dapat Elaun lagi jika lulus - mana mau dapat lagi oooo ..
    5) Dapat 3 Sijil lagi jika lulus
    6) Terhad kepada 30 orang SAHAJA - siapa cepat dia dapat
    7) Booking hanya secara online sahaja

    Link Pendaftaran secara ONLINE dibawah
    https://docs.google.com/forms/d/1XhB4Yf-M76wMPyrfa31kOqdx0EMtjRS0MCCc0utOp8c/viewform

    ReplyDelete
  4. Good news untuk peminat Brownies KARTIKA SARI & AMANDA

    Pre order dibuka sekarang.

    Pick-up point area: Putrajaya, Nilai, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 17th nov 14

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    ReplyDelete