GuaBlog.Com

Tips buat nota

Pernah tak korang rasa malas nak study lagi2 student IPT? Confirm pernah kan. Jangan kata baca buku, baca nota pun kalau boleh tak nak. Sebab kadang2 nota yang kita tulis tak membantu. So aku nak share macam mana cara aku buat nota supaya tak B.O.R.I.N.G. Benda ni subjektif. Mungkin sesuai dengan korang dan mungkin tidak.


1) Wujudkan pandangan berbeza.
Kebiasaan : Tulis nota kat kertas kajang / test pad / buku garis2.
Kesan : Nota boring. Semua subjek guna jenis kertas yang sama. Susah nak detect point penting. Tu yang asyik ada magnet kat mata bila study sebab korang melihat perkara yang sama berulang-ulang.

Tips: Guna kertas A4 / atau buku2 yang menarik (ada kartun) selain kertas kajang. Bila kita tengok benda yang berbeza & lain dari biasa mesti kita tertarik dan mampu tumpu perhatian. Susunan nota pun bebas. Nak tulis tepi ke tengah ke tak ada masalah. Kalau garis2 tu tak ke serabut?

Anyway, kertas A4 lagi jimat. Test pad baru dapat 23- 25  baris. Kertas A4 sukahati ko berapa baris nak tulis. (Bro, sama jugak. Kalau 7 subjek semua pakai kertas A4 boring jugak?) Jawapannnya cuba dulu. Kertas A4 jadikan nota korang less formal. Pernah tak terfikir kenapa majalah & komik tak boring macam buku sekolah / buku teks? Yang mana lebih menarik? Mesti yang tak formal kan?


2) Tulis ayat simple. 
Kebiasaan : Tulis semua benda yang ada kat slide lecturer / salin full sentence untuk definition.
Kesan : Nota terlalu banyak. Masa study student akan rasa terbeban. (bila nak habis ni?)

Tips: Guna simbol / shortform yang korang paham. Broken english pun tak apa. Lagi senang faham & student tak ada kecenderungan menghafal. Dalam nota yang penting ialah pemahaman. Bila faham kita rasa senang. Bila senang kita tak stress. Contoh:
Full sentence:
Retailing can be defined as final activity and steps involve in selling good or services made elsewhere to end customer.
Ayat simple:
Def: Retailing is last actvt & steps involve in selling g/s --> end cust. 
Contoh lain untuk definition

3) Warna berbeza.
Kebiasaan : Guna pen biru / hitam. 
Kesan : Tak ada mood nak baca / tengok.

Tips: Guna warna pen yang berbeza untuk point2 penting. Purple, pink, hijau, oren dll. Macam2 warna ada kat kedai skarang. Tapi jangan terlalu banyak warna. Nanti korang akan rasa nak tengok sahaja. Tak nak baca. Contoh: 
Terlalu banyak warna (salah):
Merchandise mgt: Analysis, planning, acquistion, handling and control of merchandise inventory of retail operation. Open-to-buy (OTB) is the amount of dollar that buyer can spend to purchase merchandise without exceeding planned dollar stock.
Malas kan nak baca? Rasa just nak tengok je sebab cantik macam2 warna.

Warna membantu (betul):
Merchandise mgt: Analysis, planning, acquistion, handling and control of merchandise inventory of retail operation. Open-to-buy (OTB) is the amount of $ that buyer can spend to purchase merchandise without exceeding planned dollar stock.
Jelas kan mana point penting? Kenapa ayat belakang tu tak guna warna? Ayat belakang tu boleh difikirkan tanpa hafal sebab relate dengan keywords yang penting.

Penggunaan highlighter:
Guna highlighter pada point penting. Seboleh2nya jangan highlight satu ayat panjang. Contoh:
Highlight full sentence (salah):
High quality service refers to services that met or exceed customer expectation. It can be used to retain our customers as well as attract new customers.
Highlight important words (betul):
High quality service refers to services that met or exceed customer expectation. It also can be used to retain our customers as well as attract new customers.
Contoh highlight yg penting untuk calculation subject.
Table 1, 2, 3 untuk linear programming. Highlight nilai yang bertukar.

4) Cara khas untuk nota process, flows, steps, elements, differences etc.
Kebiasaan : Semua nota student tulis dalam bentuk point form. 
Kesan : Otak letih sebab nak ingat every single point yang korang tulis. Lebih teruk kalau tertukar dengan point lain.

Tips : Guna arrows / tangga / lain2 simbol yang khas untuk nota korang. Otak lebih senang ingat diagram yang kita lukis special. Contoh:

Point form keliru, sama bullets (salah):
Supply Chain Management:
  • Flow of production from point of origin to point of consumption
  • Includes movement from supplier to producer to distributor to retailer etc.
Logistics:
  • Assist flow of production or part of SCM.
  • Includes transportation, customer service, inventory management etc.
  • Between retailer and customer, distributor and retailer etc.

Diagram untuk jelas (betul):


Lebih senang nak faham. Dan boleh nampak bezanya.


Contoh lain untuk diagram. 
Cross-docking : Centralized kat warehouse, then distribute to outlet.

Contoh lain gunakan simbol.
Simbol X boleh tukar dengan VS.

5) Penerangan simple / contoh.
Kebiasaan : Student akan tulis point penting sahaja. (Takpelah aku paham nota aku)
Kesan : Kadang2 kita ingat kita tahu. Bila dah serabut nak test / final terkial2 cari page mana. Then korang jumpa ayat yang bombastic. Ataupun kita dapat explain sikit je. Then terus jem kepala.

Tips : Tulis penerangan simple sebelah point kita. Terus kita get the idea tentang tajuk tu. Lebih senang faham & tak ambil masa yang lama. Contoh:

Point form tanpa explanation / contoh (salah):
Elements of customer service:
  • Pre-Transaction
  • Transaction
  • Post-Transaction

Kalau nak tulis maksud2nya dalam exam macam mana. (Ala apa yang susahnya; pre is sebelum, transaction is semasa, post is after) Kalau tanya contoh taktahu.


Point form with explanation / contoh (betul):
Elements of customer service:
  • Pre-Transaction. (Parking facilities, extended operation hours)
  • Transaction. (Gift-wrapping services, fast service in cashing)
  • Post-Transaction. (Warranty, repairs, feedback on complaint)
Ada beza kan? Even tak tulis definition pun boleh buat ayat sendiri. 
Because the point is clear.

Contoh penerangan simple untuk calculation subject


6) Nota semata-mata '0'
Kebiasaan : Student punya nota hanya akan ada tulisan semata2. 
Kesan : Bosan terhadap nota sendiri.

Tips : Buatlah hiasan kat nota korang tu. Guna cop2 mainan / lukisan kartun2 / dialog / tulis isi hati etc. Barulah rasa terhibur tengok nota. Tak rasa macam STUDY sangat kan? Contoh:





Ni saje nak share. Buat resume bahasa arab.

5 comments: