GuaBlog.Com

Pulau Ular

18 - 22 Jun 2009
Kg. Sg. Ular
Kuantan, Pahang

Trip ke sini sebenarnya under Opkim. Setiap peserta ada keluarga angkat masing2. Aktiviti macam2. Ada ceramah agama, khidmat masyarakat, sukaneka, motivasi dengan budak sekolah dan malam persembahan.

Tapi post kali ni aku nak fokus pejelajahan kat Pulau Ular.
Kampung Sungai Ular kawasan tepi pantai so dari jauh boleh nampak satu pulau. Itulah Pulau Ular. Sepatutnya pagi tu ada opkim bersihkan kubur, tapi lepas subuh terus ayah angkat aku ajak pergi jeti. Aku ikut je. Ingatkan aku sorang rupanya ramai lagi bapak2 angkat dah sepakat nak hantar ktorang kat Pulau Ular. 6 orang yang ada muka ni jelah bertuah dapat pergi.
* Jangan risau tak ada ular pun kat pulau ni.


Li, Hanif, aku


Bojang & Acap. Kau jangan sweet sangat lah wei.


Paling kiri tu salah seorang peserta jugak. Afiq. Yang baju biru tu ayah angkat aku.

Gambar ni original. Just tambah url kat bawah tu je.


Ni baru pakai kamera handphone. Kalau pakai DSLR, terbaiklah!


Dah sampai pulau tu ktorang pusing2 lah.
Setiap sudut ada pemandangan tersendiri.
Ada nampak laut lepas. Ada nampak kawasan rumah. Memang cantik.


Tak dapat nak cecah air sebab dalam tapi serius jernih.


Komander Kesatria UiTM Pahang Batch 36. Terima kasih Li.


Bagi chance lah kan. Siswa sahaja.


Ni salah satu sudut kat Pulau Ular.
Boleh nampak pulau kecil lain kat belakang tu.


Kami 6 orang yang bertuah.


Bajet Linkin Park lah tu ha5.

How to go Kg. Sg. Ular:
Highway Pantai Timur
Exit 834 - Jabor (Bypass Bandar Kuantan)
Lepas tol, ikut signboard Kemaman
*Kalau nak ke Cherating teruskan lebih kurang 15 km dari Sungai Ular.

Tentang Kg. Sg. Ular:
Pantai peranginan terdekat - Cherating
Pulau Ular
MARDI
*Masa aku pergi kebetulan ada aktiviti tarik pukat

Exploring Medan (3)

Hari Kelima

Destinasi pulang ke Kota Medan. Jalan pergi dan balik sama.
Hari ni kami singgah di Danau Toba.


Di rumah Taing sebelum bergerak pulang


Selamat tinggal Kota Sibolga


Rumah makan pertama yang ada straw untuk minum


Rumah Makan Restu Bonda


Melalui Bonapasogit

Tapanuli Utara


Mana-mana negara pun mahu aman


Satu tempat bernama Balige


Rumah makan di sekitar Toba Samosir. Batak adalah suku kaum terbesar kat sini.
Majoriti beragama Kristian. Hati2 masuk kedai makan.

Sudah sampai Danau Toba

Terminal feri Danau Toba. Naik feri untuk ke Pulau Samosir.


Ruang atas yang simple tapi berangin & nyaman. Nampak tak budak2 dua orang tu? Itu penyanyi dalam feri. Setiap kali ada trip, dorang ambil upah nyanyi kat pelancong. Kalau upah banyak dia akan cerita lagenda Danau Toba. Kadang2 dia cerita sikit je. Bila bayar baru sambung cerita.


Tempat driver feri. Kerusi biasa je.


Bahagian bawah feri.


Benda tergantung warna hitam tu lah yang diceritakan oleh budak2 tadi.
(Cerita kat bawah)


Nikmati udara nyaman

Sampai Pulau Samosir


Kubur2 kristian zaman dulu. Kubur Raja Sidabutar. Tak pasti dia siapa. Mungkin raja dulu2.


Gerai2 di Pulau Samosir


Ni pakaian tradisional suku kaum Batak Mandailing. Majoriti beragama Islam.


Kalau suku Batak Toba majoriti Kristian.


Peta Danau Toba - Pulau Samosir

Gambar terakhir di Danau Toba. Lepas tu masuk kereta sambung perjalanan ke Medan. ---


Hari Keenam

Hari ni jalan2 di Kota Medan sambil tunggu tiket flight malam ni.


Salah satu masjid utama di Kota Medan. Macam Masjid Negeri kat Shah Alam.


Ini gambar wajib tunjuk. Kat Indon, babi dijual terbuka. Kalau anda muslim pun tak ada halangan nak beli. Sebab dia tak ada restriction 'non-halal' macam kat Malaysia. Jadi kena hati2 sebelum makan. Babi kecap (kicap) pun aku pernah jumpa.


Sekitar Brastagi

Tempat ni sejuk sikit. Macam Cameron Highland.


Ukiran tepi jalan kat Brastagi. Macam kat Mesir.


Nak naik kereta kuda pun boleh. Kuda sahaja pun ada.


Nama boleh tahan kan? Warung di Bukit Gundaling.


Pemandangan dari Brastagi


Gambar ni diambil dari restoran/warung kat Brastagi.
Sambil nak minum2 tu boleh lah nikmati pemandangan.


Puncak Gundaling


Lama jugak aku bertahan tu.


Gunung berapi kat belakang tu masih aktif.


Singgah di pasar buah kat Brastagi.


Buah Markisar. Popular kat Brastagi.


Selamba je makcik tu buka gerai depan gerai orang.
Kalau kat Malaysia mesti kena santau.


Stesen minyak nasional kat Medan.



Istana Maimon

Istana Maimon salah satu mercu tanda Medan.
Istana ini digunakan oleh Kesultanan Deli.


Meriam Puntung yang ada lagendanya tersendiri


Lagenda Meriam Puntung

Masjid Raya, Medan


Sekitar Pasar Ikan

Nama je Pasar Ikan sebab dulu pasar basah. Sekarang jual baju2, aksesori dan lain2.
Tak ada ikan pun. Macam sejarah Pasar Seni/Central Market kat KL.


Singgah kat Bika Ambon Zulaikha.


Gambar bersama sepupu dan anak2 saudara sebelum bergerak ke Polonia Airport.
(Rumah Makcik Yati)


Selamat tinggal Medan.---


Lagenda Pulau Batu Gantung di Danau Toba.

Zaman dahulu, ada satu keluarga yang miskin sangat. Jadi ibu dalam keluarga ni selalu berhutang dengan keluarga raja. Bila anak perempuan dia dah besar, dia nak kahwinkan dengan raja sebab tak mampu bayar hutang raja. Perempuan tu taknak. Dia lari bersama seekor anjing dan sampai ke hujung jalan, dia tak boleh lari lagi. Jadi dia pun terjun bunuh diri dengan anjing tu. Sebab dia menderhaka kepada raja, dia jadi batu kat tempat dia terjun tu. Gambar kat atas tu mungkin tangan perempuan / anjing tu. Sebab kat sana ada banyak jugak batu gantung tu. Ada yang bentuk rambut perempuan tu jugak kata budak2 tu.

(Cerita ni mungkin tepat & mungkin tidak. Ini yang aku faham sebab aku pun bukannya faham sangat bahasa dorang)