GuaBlog.Com

Gunung Nuang

24 April 2012
Gunung Nuang
Hulu Langat, Selangor

Trip ni dah rancang lama. Alhamdulillah dapat jugak dilaksanakan. 
Kali ni hanya kami bertiga.
Untuk sampai puncak Gunung Nuang kena lalu 3 checkpoint; 
Kem Lolo, Kem Pacat, Puncak Pengasih then barulah Puncak Gunung Nuang.

Hutan Lipur Gunung Nuang
Pack barang yang perlu sahaja. 
(Daus dari Muar so beg dia beso sikit)

Lepas Subuh, kami terus start mendaki. Lebih kurang 6.15pagi. 
Headlamp amat membantu. 
Dari starting point ke Kem Lolo lebih kurang 5.7km berjalan. 
Trek agak mudah.

Kem Lolo




Kem Lolo sesuai utk bermalam. Campsite proper.

Paling penting punca air. 
Utk teruskan ke Kem Pacat kena lintas jambatan halus tu.

Suasana kat Kem Lolo.

Kem Pacat
Sarapan dulu. Takyah macam tu pun takpe daus.

Kita minum dulu.

Suasana Kem Pacat. Boleh kalau nak bermalam di sini. 
Tapi punca air agak jauh. Nampak tak lorong belah kiri tu? 
Itu jalan ke punca air.

Punca air trek menurun. Tapi bila naik tu berpeluh jugak lah.

Nescafe cap Daus.

Puncak Pengasih

Break kejap. Trek dari awal memang lutut cecah dagu. Tak tipu punya.
10 minit pertama mampu membunuh semangat anda. 



Puncak Pengasih ni last point sebelum sampai Puncak Gunung Nuang. Tapi ramai yang putus asa dan berhenti sampai sini. Sebab? Trek ke Puncak Nuang menurun so ramai yang ingat dorang salah jalan. Sebenarnya, it's the right way. Just keep moving.

On the way ke Puncak Nuang ada batu tanda sempadan. 
PAH stands for Pahang.

SEL stands for Selangor.

Korang kat Pahang.

Aku kat Selangor.

Puncak Gunung Nuang 
Sampai sini kira-kira 12.30tengahari.

Aku, Acip, Daus


Beirut tu boleh la nak masak2 air ke makanan apa2. 
Tapi tak ada punca air di sini. 
Harap maklum. Hang masaklah air mineral hang tu.

Yang ni special. First time aku sampai puncak gunung jumpa tupai jinak. 
Kebetulan Acip bawak popcorn. Makan besar la kau tupai.

Military school of JPKK. I am proud of it!

Another graduate.

 I'm still schooling. Faculty of Business Management.

Lepas lunch, turun dari puncak pukul 1.45petang. Masa turun tu hujan. Nak taknak teruskan jugak. Jalan slow2. Trek yg kami lalu masa turun adalah laluan air. So hati2lah kepada yang nak mencuba. After all, it's where the challenge lies right?

Starting Point
Sampai bawah pukul 5.30petang. 
Baru nak ambil gambar pintu gerbang. Masa naik tadi gelap.


We did it yeay!

Masa utk naik & turun +- 11 jam. Perjalanan balik singgah makan. Lepastu terus hantar Daus ke TBS. Tamat satu lagi episod menginsafi ciptaan Allah.---

How to go Gunung Nuang:
Highway Cheras Kajang
Lepas tol Batu 9 Hulu Langat
Exit Pekan Hulu Langat
Hala ke Sungai Congkak
Ikut signage Hutan Lipur Gunung Nuang
* Simpang masuk lalu TNB. Jalan paling kiri.

Tentang Gunung Nuang:
Puncak Tertinggi di Selangor.
Meliputi Negeri Selangor & Pahang.
RM 1 permit mendaki.
Fasiliti kat hutan lipur; parking, tandas & ruang rehat. (Surau ada berdekatan TNB)
Tempat menarik terdekat; Sungai Congkak, Sungai Gabai, Anjung Tinjau Ampang, Sungai Tekala.