GuaBlog.Com

Kenapa aku buat blog?

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

sumber : Shout me loud

Ramai orang ada blog & masing2 ada sebab tersendiri kenapa mereka buat blog.
Mulanya aku sekadar jadi silent reader blog orang lain. Lama2 aku tahu tujuan buat blog ni untuk berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain.

Aku nak cari platform untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan yang aku ada dengan orang lain. Cukup sekadar dibaca. Aku tak kisah ada orang komen/tak. Aku rasa puas dalam menulis menaip apa yang aku nak kongsi dengan orang lain.

Aku tak kisah berapa trafik aku dapat, berapa follower aku ada, doesn't matter. Aku mahu bersuara & ketengahkan pendapat aku guna cara terbaik. Bukannya conteng dinding kalau tak puas hati. Sebab aku tak dayus. Aku boleh bersuara apa yang benar instead of vandalisme sebab tak puas hati.

Kenapa bukan facebook? Hmm boleh kata 80% dari membe2 aku suruh buat akaun facebook. Sorilah geng. Aku tak minat dengan facebook sebab main reason is for friends. So, why not aku guna blog yang main reason is for write? Kan. Aku tahu facebook pun banyak function tapi it's just not my taste. Ok friends! Aku suka benda2 baru yang aku tak tahu compare with things / people we already know. Dan benda baru tu lebih banyak kat blog dari facebook. Anyway, tak salah korang ada facebook. Pilihan di tangan anda.---