GuaBlog.Com

Pages

Exploring Medan (1)

June 2009
Medan
Kepulauan Sumatera, Indonesia


sumber : Shout me loud


Medan terletak di Kepulauan Sumatera. Lebih tepat lagi Sumatera Utara. Trip kali ni hanya kami bertiga; Aku, ayah & mak. Tujuan utama ke Medan untuk menjejak saudara2 yang berada di perkampungan Menambin. Bermula moyang aku (sebelah ibu) dan ke atas berasal dari Padang. So, niat kami ke sana untuk sambung semula persaudaraan yang bermula 4 generasi lampau. Oh ya, waktu kat Medan lambat 1 jam dari waktu Malaysia.

Penerbangan dari LCCT ke Medan ambil masa 45 minit. Kami sampai lapangan terbang Medan jam 11.45 malam. Esok paginya baru bertolak ke destinasi. Macam2 daerah yang kami lalui. Untuk 1st day kami menuju ke Sibolga dahulu. Perjalanan ke Sibolga ambil masa 8 jam. Antara tempat yang dilalui; Simalungun, Toba Samosir dan Tapanuli Utara.

Hari Pertama




Breakfast sebelum bertolak. Namanya nasi uduk. Memang kenyang. Amacam?

Sekitar Kota Medan





Sempadan Kabupaten Simalungun. Kabupaten maksudnya negeri.


Pemandangan Danau Toba (Lake Toba). Kabupaten Toba Samosir.
Penduduk di sini kebanyakannya beragama Kristian.



Singgah makan di restoran. Skill kan abang ni angkat lauk. Satu tangan je.

Sempadan Kabupaten Tapanuli Utara.


Design rumah yang ada kat kampung ni, Bilik air kat depan. Apa2 hal pun parabola mesti ada. Macam astro kita lah.


Betapa teruknya jalan kat Indonesia. Berdebu, satu lorong & tak ada sempadan dengan rumah. Silap2 kau keluar rumah kena langgar dengan kereta. Syukurlah apa yang ada kat Malaysia ni.


Terowong yang hanya ada 1 lorong. Tak ada lampu bila malam. Just imagine.

Akhirnya sampai Sibolga lebih kurang jam 4.30petang.
Sekitar kota Sibolga.

Pantai peranginan kat Sibolga. Nama tempat ni Pandan.


Pandan ni salah satu tempat yang menggegarkan ombak Tsunami. Pantai Pandan ni juga transit ke Pulau Nias.

Malam tu, Taing bawa kami ke satu bukit di mana penduduk menyelamatkan diri semasa Tsunami. Dan ketika itu, Taing mengandungkan Rizki.

Sedikit tentang Sibolga:
Rata2 penduduk beragama Islam. Musolla banyak didapati di Sibolga termasuk di rumah makan (restoran). Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan dan produk utama di sini ialah ikan masin.---



Hari Kedua

Teruskan perjalanan ke Padang Kotanopan. Tempat yang dilalui: Padang Sidimpuan, Panyabungan, Sibanggor Hilir, Sibanggor Tongah, Sibanggor Julu, Padang Kotanopan. (Tiada dalam peta)





Dari Sibolga ke Padang Sidimpuan ambil masa lebih kurang 2 jam.
Sekitar Padang Sidimpuan


Salah satu kenderaan di sini. Biasanya budak sekolah sewa bechak / tut-tut ni.





Sampai di Panyabungan.
Singgah makan di Rumah Makan Angin Borhombus (Restoran Hembusan Bayu)

Tempat makan di restoran ni terapung. Bawah tu kolam ikan.
Makanan ni dihidang cara Sunda. Duduk bersila ye bukan atas kerusi tu.
Nampak banyak kan. Sebenarnya lauk sama tapi bahagi dua pinggan.
Ada paham?




Sampai Kab. Maindailing Natal

Budak2 Pesantren. Pesantren maknanya sekolah agama.


Kec. stands for Kecamatan (daerah). Madina tu singkatan Mandailing Natal.
Kalau tengok peta ada Kab. Maindailing Natal.


Ni pondok budak2 pesantren.

Sampai Sibanggor Julu(hulu). Rumah Bapak Wahid.



Ruang jalan kaki depan rumah.
Kalau bawa kereta parking kat depan simpang.
Pastu kena jalan lah sampai rumah. How hard.



Pemandangan kawasan perumahan di Sibanggor Julu.
Takde gate/parking kereta depan rumah. Syukurlah rumah kita kat Malaysia ni.

Perjalanan ke Padang Kotanopan melalui Sibanggor Tongah.

Singgah di kolam air panas & Sorik Marapi (Gunung Berapi)


Masak telur kat air panas. Tengok betul2 dalam plastik tu.

Warna kuning tu belerang dari dalam bumi.
Masa aku ambil gambar ni sebenarnya berasap kat lubang tu.


Pergi mana2 pun mesti ada musolla (surau/tempat solat)



Hebatnya ciptaan Allah. Tepi air panas ada sawah padi. Tak mati pun sawah tu.


Kat belakang tu gunung berapi yang masih aktif.


Cantik kan?

Sampai di Padang Kotanopan, kami menginap di rumah Ibu Landong di tempat bernama Padang Bulan.---

2 comments:

  1. seronoknye jalan2 mcm ni, saya suke tmpat mcm ni...

    oh , ye, nak komen kat bawh entry yang ada tertulis : balang kuih raya:

    hehe =]

    ReplyDelete