GuaBlog.Com

Pages

Exploring Medan (2)

Hari Ketiga
Dari Padang Bulan, kami teruskan perjalanan ke Desa Menambin yang mengambil masa sejam lebih.
Desa Menambin & Padang Bulan masih dalam Kecamatan Kotanopan.
So, perjalanan tak lama sangat.


Rumah di kawasan Padang Bulan (Kotanopan). Bilik air kongsi.
Tak ada bilik air dalam rumah.



Salah satu hotel di Kotanopan


Pejabat Pemerintah Kotanopan


Padi bukit


Padi bukit salah satu makanan untuk sara diri.
Dah cukup makan untuk family baru jual yang lebih.
Lain2 aktiviti harian adalah berkebun.


Sudah sampai Desa Menambin. Destinasi yang ditunggu-tunggu.



Sumber air kat luar rumah. Sebatang paip setiap rumah.
Ada jugak rumah yang berkongsi paip. Daifnya.



So kalau nak renovate, kena naikkan ke atas. Tak boleh lebarkan.


Aku berkenan betul tingkap style macam ni.


Mangsa pewarna



Proses kulit kayu manis. Aku tak pasti macam mana proses dia.
Tapi ni lah workstation dia.


Rumah sekitar Menambin. Macam biasa parking kat simpang utama.


Tolong mak cuci pinggan.



Masjid Raya Desa Menambin


Rumah Bapak Palit. Beliau yang bersongkok itu.


Inilah yang dicari. Salasilah keturunan. Aku pun tak tahu moyang aku kat level mana.



Kenapa gambar sungai? Kalau korang nak tahu sebab punca air terhad di Menambin, perempuan mandi di sungai, lelaki mandi di bilik air masjid.
Sama ada terbalik atau ada rasionalnya kami tak tahu.


Singgah di Desa Muara Siambak

Rumah ibu mertua Makcik Yati. Sawah padi di belakang rumah beliau.


Saujana mata memandang.

Cantik tempat ni. Kalau korang photographer, boleh penuh memory card. Serius.

Belakang rumah ada sawah. Tapi rumah ada kolam. Suasana desa yang sebenar.


Nur Kasih The Movie 2 boleh shooting kat sini.


Durian Belanda. Oh ya, mereka berdua bernama Ariffin.


Papan tanda jarak.
SBG - Sibolga 204km, KN - Kotanopan 3km, LBS - Lubis (kalau tak silap) 98 km.


Hari makin petang. Lepas menjejak saudara kami jalan2 di kawasan sekitar.
Masih di Kotanopan. Salah satu aktiviti yang unik kat sini ialah mendulang emas.
Aku tak berapa ingat nama tempat ni.



Mendulang emas


Water pump yang digunakan. Boleh bayang tak macam mana keadaan kat situ? Berlubang2 dan tak terurus. Kerajaan Indonesia patut kawal aktiviti ni.
Tanah digali tak ikut standard.
Memang bahaya tapi aktiviti ni tak diharamkan. Mungkin sebab rakyat terlalu miskin.


Budak2 pun sama jugak.

Nampak tak serbuk emas? Tengok betul2.


Betapa dalamnya tanah digali. Warna tanah pun dah lain. Kalau runtuh?

Malam tu kami masih menginap di Padang Bulan (rumah Ibu Landong). Esok baru bergerak pulang ke Sibolga.---


Hari Keempat


Ariffin & Ariffin. Baju unit beruniform sekolah rendah. Macam pengakap la kot.


Ni dalam warung. Tempatnya kecil sangat. Dan panas. Warung kita kat Malaysia?


Ikut budaya sini, mesti minum at least. Kalau tak, kita dianggap sombong.
(Walaupun berbayar)


Van sekolah. Sampai duduk atas bumbung.


Salah satu Pesantren yang kami lalui dalam perjalanan.


Budak2 Pesantren. Mereka takkan dekat dengan perempuan.


Singgah di pasar.


Cendol. Tapi namanya lain. Aku tak ingat.


Ada tempat makan cendol di pasar.

Tiba di Panyabungan.


Makan tengahari. Makan dihidang style Sunda.
Macam yang aku dah terangkan dalam entri lepas.


Belakang tempat makan ada sungai. Seronok makan kat tempat ni.


Perjalanan masih jauh. Sibolga 174km.

Perjalanan ke Sibolga terganggu sebab ada masalah tayar. So singgah repair dulu.


Pomen bawah umur. Manual je dia buat.

Di Sibolga kami menginap di rumah Taing.---

2 comments:

  1. xpernah sampai medan lagi...macam menarik je medan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Medan tu memang menarik la Abang, bila ni rencana abg nak melawat medan gi

      Delete