GuaBlog.Com

Pages

Kembara Ukhuwah Kemboja - Vietnam 1

14 - 20 Ogos 2013
Phnom Penh
Kemboja

Lawatan ni under program Kembara Ilmu & Tautan Ukhuwah Kemboja - Vietnam, UiTM Puncak Alam. Ahli rombongan 10 orang. Aku join untuk cukupkan corum di samping menggalas tugas sebagai jurugambar tak bertauliah

Kami menaiki pesawat Air Asia dari LCCT ke Phnom Penh selama 2 jam. Berlepas jam 2.55 petang dan mendarat lebih kurang 3.55 petang (Waktu Phnom Penh). Waktu di sana lewat 2 jam dari Malaysia. 

Memandangkan misi kali ini adalah kembara ukhuwah, barang peribadi yang dibawa memang terhad sebab nak guna luggage capacity untuk compress barang-barang sedekah seperti; telekung, alat tulis, buku sekolah, baju terpakai dll. Luggage letak barang untuk derma, hand luggage bawa barang peribadi. Jadi, tak perlu bayar lebih untuk extra luggage. Jimat.


Hari Pertama
KLIA - Phnom Penh

Sebelum berlepas

Barang untuk disedekahkan pada saudara Islam

Phnom Penh dari dalam flight (sebelum mendarat)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh

Kamil, Komander, Arifah, Kak Ton, Aimi

Sementara tunggu van datang

Kemboja ni negara tak ada subsidi. 
Bayar parking kira minit bukan jam.
16 minit ke bawah 2000riel = 30sen.

Lepas tourist guide jemput dengan van, kami terus menuju hotel. Lebih kurang 10km. Dalam perjalanan, tourist guide kami, Ustaz Rozali cerita sedikit tentang Kemboja. Cakap Melayu je.

Menurut ustaz, 95% penduduk Kemboja beragama Buddha, yang Islam cuma 3% saja. Selebihnya agama lain-lain. Office hour kerajaan 8 pagi - 6 petang. Waktu rehat 11 pagi - 1 petang (2 jam). Kalau swasta, tak sama.

Sekitar Bandar Phnom Penh

Royal University of Phnom Penh



Dah sampai hotel.

Kami sampai hotel kira-kira 5.30 petang. Maghrib jam 6.30 petang.
Lepas solat, terus turun untuk dinner.

Di ambang senja, permulaan malam.

Miss Arda

Bergambar depan hotel

Lokasi makan malam. Halal restaurant.


Malam pertama tak ada itenerary.
Jadi kami decide nak
jalan-jalan sekitar Phnom Penh naik tuktuk.
Naik je tuktuk, nanti driver akan bawa jalan-jalan sekitar bandar Phnom Penh.

Biasanya pemandu tuktuk akan tunggu depan hotel.
Kos 8 US Dollar sejam = +-RM26.
Kemboja terima 2 jenis currency; Cambodian Riel & US Dollar.

2.43 USD / 8000 riel baru dapat 1.8liter petrol.
Maknanya lebih kurang RM 7 - RM 8 jugaklah.
Mahal sebab tak ada subsidi.

Latar belakang Royal Palace

Tempat rekreasi tepi sungai. 
Tak tahu apa nama tempat ni.

Dataran Grandmother Music. 
(Kalau aku tak salah dengar apa yang pemandu cakap)


Independence Monument.
Monumen Kemerdekaan Kemboja terletak kat tengah-tengah bulatan utama. 

Lebih kurang sejam berjalan dengan tuktuk, kami balik hotel. Rehat. Tamat hari pertama. ---

Hari Kedua
Genoside Museum - Killing Field - Pejabat Mufti Kemboja

Lepas breakfast, kami bergerak ke lokasi lawatan pertama; Tuol Sleng Genoside Museum  tempat paling bersejarah dalam Kemboja. Sejarah Kemboja pernah mencatat berlaku rampasan kuasa semasa zaman pemerintahan Pol Pot yang merupakan ketua Parti Komunis Kampuchea (Kemboja) yang memerintah Kemboja melalui Kerajaan Khmer Rouge.

Pol Pot berhasrat nak jadikan Kemboja sebagai negara pertanian. 2 juta rakyat dipaksa bekerja dalam bidang pertanian walaupun pada masa itu Kemboja sudah agak maju. Sebab ustaz kata, masa itu taraf pendidikan di Kemboja setanding di Singapura. Pelajar asing pun banyak study di universiti sekitar Kemboja.

Jadi untuk capai hasrat sendiri, Pol Pot arahkan Kerajaan Khmer Rouge pimpinan beliau untuk buat kerahan tenaga pada rakyat Kemboja. Masa tu rakyat Kemboja semua jadi hamba dan diseksa. 
Tuol Sleng yang asalnya bangunan sekolah bertukar menjadi penjara. Atau nama lain Penjara S-21. Biasanya banduan akan duduk 1-2 bulan. Paling lama 6 bulan. 

Lepas tu akan dibawa ke Killing Field untuk dibunuh. Pendek kata, siapa yang masuk S-21 takkan hidup & takkan dapat keluar.

Pengenalan tentang Penjara S-21

Penerangan oleh ustaz

Salah satu bilik hukuman untuk banduan.

Barang-barang hukuman ni masih yang original.
Bukan replika.

Dalam bilik hukuman akan ada seorang askar yang jaga banduan.
Kalau buat hal je siaplah. Keluar suara pun tak boleh.

Ini gambaran sebenar banduan.

Ini peraturan dalam S-21.
Rule no. 6 paling kejam - While getting lashes or electrification, 
you must not cry at all,
No. 9 & 10 pun zalim jugak.

Bekas bilik darjah bertukar jadi sel banduan.

Pakaian mangsa-mangsa Khmer Rouge yang meninggal.

Gambar sebahagian mangsa.
Setiap mangsa yang masuk S-21 akan diambil gambar, 
macam masuk penjara.

Mangsa kanak-kanak

Blok ni diletak jaring besi sebab ada mangsa yang bunuh diri sebab tak tahan kena seksa.
Kenapa Khmer Rouge tak bagi banduan bunuh diri? 
Sebab dia nak maklumat & nak seksa banduan dulu baru bunuh.

Ini ruang sel banduan. Memang sempit. 
Ada juga sel yang masih ada tompok darah mangsa yang kena seksa.

Semasa Khmer Rouge berada di ambang kejatuhan, ada beberapa orang banduan yang tak sempat dibunuh dan survive hingga hari ni. Yang masih hidup cuma 2 orang. Kira bertuah sebab masih hidup walaupun pernah masuk S-21. Khmer Rouge jatuh sebab tentera bantuan datang dari Vietnam.

Survivor pertama

Survivor kedua

Dua orang survivor ni ada cerita masing-masing dalam buku yang mereka tulis.

Kubur 7 orang terakhir yang dibunuh di sini. 
Masa tu Khmer Rouge tak sempat bawa 7 orang ni ke Killing Field 
sebab Vietnam hantar tentera bantuan.

Lokasi lawatan pertama

Tuol Sleng Genoside Museum saksi kekejaman Pol Pot.

Seterusnya kami menuju ke Killing Field. Jaraknya lebih kurang 15km dari Genoside Museum tadi.

Yang ni menarik. Ini air isotonik. Macam 100+. 
Tapi rasa dia kopi + Coca Cola.

Bawah tu kedai makan. Atas bumbung ada orang buat keje.
Boleh?

Choeung Ek Genodife Center (Killing Field)


Memorial Stupa tempat simpan tengkorak mangsa-mangsa Khmer Rouge.

Ini tempat parking truck yang bawa mangsa baru.

Baju - baju mangsa

Female from 15 - 20 years old.


Tempat pembunuhan beramai-ramai (perempuan)

Yang masih baby pulak akan dibaling ke arah pokok ni.
Atau dilambung ke atas lepastu ditembak. 


Ini contoh pakaian untuk lelaki & perempuan.


Lokasi lawatan kedua

Sebelah Killing Field ada culture show yang melakonkan semula kehidupan rakyat Kemboja masa zaman Khmer Rouge. Tak ada bayaran tetap. Bagilah berapa ikhlas.  




Culture show tu kami tak tunggu sampai habis, sebab makan masa lebih kurang 1 jam. Jadi ustaz mintak pendekkan cerita. Then, kami pulang ke bandar Phnom Penh untuk lunch.

Naik moto 4 orang perkara biasa.

Kalau perasan tengah-tengah tu ada jam gergasi. Bahagian belakang tu adalah tokong Buddha.
Ceritanya; dulu2 ada seorang makcik nama Penh. Dia yang mula-mula jumpa tokong Buddha ni yang ada 4 menara. Phnom bermaksud nombor 4. Jadi bandar ni namanya Phnom Penh.
(Cerita rakyat sahaja. Mungkin betul mungkin tidak)


Destinasi seterusnya ke Pejabat Mufti Kemboja.
Kampung Chnnang tu ramai orang Islam. 
Jalan yang sama ke Pejabat Mufti.

Highest Council for Islamic Religious Affair Cambodia.
Inilah pejabat mufti, pejabat agama dan 
segala hal ehwal agama Islam di Kemboja semua diuruskan di sini 
termasuk daftar surat nikah.

Yang baju hijau tu Mufti Kemboja.
Mufti Malaysia pun aku tak pernah jumpa.
Time ni dia terangkan tentang perkembangan Islam di Kemboja.
Kebanyakan orang Islam Kemboja boleh bercakap Melayu sebab 
sukatan pelajaran agama Islam diambil dari Malaysia & Indonesia.

Lokasi lawatan ketiga.

Selesai di pejabat mufti, kami menuju pulang.
Burger roti telur. Ada inti daging & ayam.
Tapi inti dia memang daging & ayam yang buat sendiri, yang dah dihancur2kan.
Bukan daging frozen macam Ramly tu.
Sedap!

The making of burger roti telur.

Masjid depan burger roti telur tadi.
Berniaga depan masjid. Berkat.


Selamba je. Bukan ada JPJ nak tahan.

Sampai bandar, ustaz singgah terminal bas untuk beli tiket ke Vietnam.
Banyak lagi destinasi lain selain Vietnam.

Satu benda yang aku respect.
Kerja jual tiket bas je tapi pakai smart. 
Kemeja & seluar slack siap tie-in lagi.
Cuba compare dengan Malaysia. Hmm.

Lepas beli tiket, terus makan malam & pergi shopping complex tengok 4D.
Memandangkan 4D tu dalam shopping complex, kami shopping lah dulu sebelum balik hotel. 
Tamat hari kedua. ----

bersambung...


1 comment:

  1. Salam Afiqah,kami ingin memulakan projek ukhwah ke kemboja. Boleh Afiqah call/miss call akak, akak nak belajar selok belok ke kemboja dgn afiqah. Nama akak Balkis 013 3331477.Akak staff TM. Terima kasih

    ReplyDelete