GuaBlog.Com

Pages

Muzium Bank Negara

26 Mei 2012
Sasana Kijang (Muzium Bank Negara)
Kuala Lumpur

Muzium ni tersimpan sejarah mata wang dan segalanya yang berkaitan dengan duit dalam Malaysia. Ada juga sedikit pengenalan tentang matawang negara lain.
Basically ada beberapa bahagian; 
Galeri Ekonomi, Seni, Bank Negara, Numismatik
Fokus kali ni adalah Galeri Numismatik.

Pintu masuk Galeri Numismatik

Di peringkat awal, sistem matawang Tanah Melayu banyak menggunakan logam (berbentuk syiling)
Duit kertas masih belum ada lagi.
Matawang Kelantan

Matawang Johor

Matawang yang pernah digunakan di Kedah

Berupa pokok duit-duit. 
Kalau nak guna duit, kena cabut dari tiang tengah tu.

Token wang Kelantan

Tiga kupang

Matawang berubah megikut sistem pemerintahan negara. 
Pengeluar matawang pun berbeza (tak standard). 
Kebanyakkan pengeluar syiling adalah syarikat persendirian yang ada kebun getah dll. 
Sistem matawang pun banyak berubah megikut zaman pemerintahan (penjajah).

Zaman British
Currency of Malaya and British Borneo.
Juga sah di Brunei dan Singapura.

Saiz duit ni lebih kurang separuh kertas A4. 
Nilainya pun besar.

100 dollars
1 sen & 5 sen

Kerajaan Negeri-Negeri Selat 
10 sen

Kupon pengisian petrol

Zaman Jepun
Duit pokok pisang

Selepas Bank Negara Tanah Melayu wujud, 
duit kertas mula dicetak sendiri & dikeluarkan.
Duit kertas keluaran awal Bank Negara Tanah Melayu

Sa-Ribu Ringgit
(RM1000)

Duit syiling

Syiling keluaran khas sempena 50 tahun UiTM, 2006*
Bangga!

Kalau tak pernah tengok duit kertas negara lain, datang sini.


Nama lain bagi Muzium Bank Negara - Sasana Kijang

Galeri lain kat Sasana Kijang ni. 
Galeri ni lebih kepada sejarah Bank Negara.

*Tentang syiling keluaran khas tu tak ada jadual. Hanya pihak Bank Negara yang tahu keluaran tu bersempena apa, bila dan dijual pada awam atau tak. (Maklumat dari penjaga kedai cenderahati).
Keluaran lain yang dipamerkan setakat sekarang; Tunku Abdul Rahman, Pertabalan Agong...(tak ingat)


How to go Sasana Kijang:
Hala ke arah Memorial Tunku Abdul Rahman
Banyak alternatif boleh guna; kami lalu dari Bangsar hala ke Jalan Tun Razak.
* Sasana Kijang berhadapan dengan Memorial TAR

Tentang Sasana Kijang:
Ada 4 Galeri (setakat ni)
Fasiliti: surau, cafe, parking (percuma)
Terdapat kedai cenderahati

2 comments: