GuaBlog.Com

Pages

Bukit Kutu

31 Disember 2013 - 1 Januari 2014
Bukit Kutu
Kuala Kubu Baru, Selangor

Trip kali ni dirancang oleh team Skytrex. Aku pun join saat akhir. Malam sebelum bertolak baru confirm pergi. 31hb aku cuti, esoknya kerja petang. Dapatlah aku join. Sebelum ni pernah nak buat trip ke sini tapi ada perkara2 yang menghalang. Jadi kecewa dulu tu terubat sikit. Plan kali ni bermalam atas puncak. Kira trip penutup tahun 2013 lah.

Kami berkumpul kat masijd di pekan Kuala Kubu. Lepas subuh, sarapan, terus gerak ke kaki bukit di Perkampungan Orang Asli Kampung Pertak*. 
Kami mula mendaki kira-kira jam 9.15 pagi.

Selepas trek rata, kena melalui jambatan.
Lepas jambatan mula trek hutan dan kena lintas 3 buah sungai. (tiada gambar)
So takyah sayang2 kasut, redah sahaja.
Lepastu barulah trek mendaki.

Ini trek mendaki +- 70 darjah.
Pesanan: Jimatkan air & bawa barang yang perlu sahaja.

Rehat jap

Dayad, Ijak, Acai, Pak Ku

Ini salah satu lokasi terbaik utk bergambar. 
Macam cover album!

Kira2 pukul 2 petang, kami sampai puncak. Sepatutnya tak sampai 5 jam pun mendaki. Tapi sebab nak rilek2, ambil gambar dan muatan beg yang agak penuh sebab nak bermalam kat puncak, jadi makan masa lebih sikit. Kalau day hike, dalam 3 jam dah sampai.

 Base Camp
Tempat pembakar sampah binaan British yang masih kekal sampai sekarang.
Ini area base camp. So ktorang pasang khemah kat area ni.


Flysheet utk makanan & tempat baring2

Area base camp

Kat area base camp ni ada 2 perigi tinggal. Tapi 1 perigi sahaja airnya bersih. 
Jadi ada sumber air utk masak dll.

Dari base camp ni, Puncak Bukit Kutu tak jauh, lebih kurang 5 - 10 minit mendaki.
Lepas makan & pasang khemah, kami tinggalkan base camp utk ke puncak.

View base camp dari trek ke puncak

Puncak Bukit Kutu

Area puncak tu ada tangga utk panjat atas batu.
Sangat tinggi, bahaya & open-air.
Angin kencang waktu petang.
Kalau betul2 confident baru panjat.


Ini view dari atas tangga.
To be honest, memang open air, tak ada tali ke apa2,
Kalau jatuh terus ke gaung. Be extra careful.

This is the top peak. Masa ni angin kencang.

The view was really worth it!

Dari area puncak ni, kalau teruskan perjalanan ikut trek, boleh jumpa rumah tinggal zaman British. Kemungkinan viewpoint zaman dulu2 untuk tengok musuh dll.

Malam tu lepas makan, tak ada apa aktiviti. Sembang2 sahaja. Aku baring kat luar khemah tengok bintang sampai tertidur. Bukan cerita jiwang, nak gambarkan betapa cantiknya ciptaan Allah.
Gabungan udara sejuk & nyaman, ada bunyi2 burung, tengok bintang-bintang, boleh nampak bandar kecil dari atas. Memang kombinasi yang terbaik! Sebab dah sejuk sangat 15 darjah Celcius, baru aku masuk khemah. First trip yang aku rasa waktu siang best, malam pun best. Tak sia-sia mendaki sampai 5jam. Puas hati. Aku sambut tahun baru 2014 atas puncak Bukit Kutu.---


1 Januari 2014
Lepas subuh, prepare breakfast, kemas2 barang.

Gambar sebelum turun. 
Kami turun kira2 jam 8.30pagi.

Kenangan bersama Skytrex team

Masa utk naik +- 5 jam (kalau day hike just 3 jam sahaja). Masa turun +-2 jam.
Ada yang kata Bukit Kutu ni nama je bukit, tapi macam gunung sebab trek dia, ketinggian dia dll. Tak kisahlah bukit ke gunung, semuanya milik Allah. Sampai kat starting point kira2 jam 10.30pagi. Yang lelaki sambung mandi air terjun. Aku terus balik dengan Sahara sebab nak pergi kerja pukul 1. Sangat penat tapi super best.---


How to go Bukit Kutu:
Pekan Kuala Kubu via; Rawang (jalan dalam Selayang-Segambut etc) / Highway Utara Selatan
Dari Pekan Kuala Kubu, hala ke Bukit Fraser
Melepasi Empangan Selangor (sebelah kiri) 
Masuk simpang kanan (signage Perkampungan Orang Asli Kampung Pertak)
* Lepas masuk simpang kampung orang asli, akan jumpa simpang cabang dua, pilih kanan, akan melalui rumah orang asli, terus sampai kawasan air terjun. Parking & starting point kat situ.

Tentang Bukit Kutu:
Ada binaan tinggalan British; Tempat bakar sampah (area base camp) & rumah lama (area puncak bukit)
Terletak di sempadan Selangor - Pahang
Tak perlu permit mendaki
Parking open
Tiada fasiliti
Guide perlu kepada group yang baru. Kami tak guna guide sebab Sahara pernah naik.
Tempat menarik terdekat; Air Terjun Sg. Chilling & Bukit Fraser