GuaBlog.Com

Gantung sekolah

Kisah ni berlaku masa aku Form 5. Kira last year aku kat sekolah lah. Setiap tahun KKP akan buat perkhemahan peringkat sekolah, daerah, negeri & kebangsaan. Untuk sekolah & daerah lebih kepada basic. Maksudnya setakat training je lah. 
Tapi untuk peringkat negeri & kebangsaan semua dalam bentuk pertandingan. Acara2 yang dipertandingkan; kawad kaki (kumpulan), kawad kaki (individu), jalan lasak, rempuh halangan, pandu arah dan semestinya kebudayaan. Jadi untuk pergi peringkat negeri kena lalui pemilihan. Yang pilih tu jurulatih dari PDRM.

Pendek cerita, setiap sekolah bebas hantar berapa ramai pun untuk pemilihan tu. Disebabkan sekolah aku ni tak berapa nak menonjol sangat dari segi bilangan, so aku plan nak hantar ramai pegi selection. Konon2 nak improve lah. Kalau ramai wakil kita hantar, possibility ramai yang terpilih (kiraan aku pada masa tu). At least dapat naikkan nama SSAAS yang terchenta ni ha5. 

Cerita nya macam ni. Pemilihan rabu next week. Aku baru tahu rabu minggu ni. Nak buat latihan Khamis & Jumaat petang, cikgu tak bagi budak petang keluar kelas (sekolah aku dua sesi). Nak buat Sabtu, public holiday pulak time tu. Aku tanya cikgu penasihat, senang je cikgu jawab 
Afiqah, apa awak susah2. Kan ada senarai nama, awak hantar je nama yang form 2 & form 4, yang form 3 & form 5 jangan, nak exam
Nasib baik otak aku berfungsi dengan baik masa tu. Kalau tak mesti aku dah jawab 
Cikgu, habis saya ni bukan form 5 ke? apa jadahnya saya beriya2 kalau sendiri tak pegi. Dah namanya pun pemilihan, mestilah orangnya kena ada. Bukan sekadar hantar nama je
Tapi masa tu aku malas menjawab sebab cikgu aku mengandung. Sebagai anak murid yang prihatin, aku yeeee kan je.

Last2 aku decide nak buat jugak latihan hari sabtu tu. Habis tu bila lagi kan. Tak kira lah public holiday ke apa ke. Benda untuk nama sekolah kot. Takkan takleh consider. Jadinya hari sabtu itu latihan ON!
Tengah2 latihan tu, ada 1 cikgu datang sekolah. Pastu dia tanya
"siapa bagi kebenaran? awak tau tak ni public holiday? mana cikgu penasihat? kalau kementerian tau....." 
Rupa2nya cikgu tu penasihat ko-kurikulum. Haruslah dia marah kan ha5. Puas dah aku jelaskan, utk selection peringkat negeri bla3. Tapi dia suruh balik jugak. Habis tu siapa nak pegi selection??? Dia tunggu sampai budak2 keluar baris. 

Tiba2 akal aku sampai. Aku tanya budak2, siapa nak terus, siapa nak balik. Haaaaa semua nak teruskan latihan. So aku pakat dengan dorang. Lepas keluar baris, semua balik. Nanti jumpa kat tasik shah alam. Kita sambung training kat situ. Semua setuju.

Lepas cikgu tu blah, aku pun menuju tasik. Dah berkumpul semua, ktorang sambung latihan. Kuasa Allah, cikgu tu datang lepak kat tasik pulak! Adoiyai. Kali ni memang dia marah gila ah.
"Awak ni tak faham ke? kalau apa2 jadi sapa nak tanggungjawab?"
Pastu dia ambil nama aku dengan lagi sorang senior form 6. Suruh jumpa kat bilik disiplin hari isnin. Nasib baik time tu dah pilih nama2 untuk selection. Kira dah lepas 1 kerja walaupun kerja aku bertambah lagi 1.


Hari isnin~
Lepas perhimpunan, aku dengan kawan aku form 6 ni pegi lah bilik disiplin. Biasa ah cikgu marah2 dulu. Pastu dia cakap 
"Kamu ni dahlah buat latihan tak bagitau cikgu penasihat, buat masa public holiday, pastu degil pegi buat kat tasik pulak"
Bebel punya bebel tiba2 dia cakap. Kamu ni boleh kena GANTUNG SEKOLAH tau! (Laju jantung aku time tu). Pergh! Kalau gantung sekolah tak dapat lah aku pergi camping2 semua. Pasal pelajaran aku tak fikir pun ha5. Terdiam aku time tu. Aku cuma mampu cakap 
"cikgu, benda ni utk nama sekolah jugak"
Then cikgu kata
"Ok. Saya bagi kamu amaran pertama, kalau jadi lagi terus gantung sekolah. Paham tak"
Fuh selamat! Tapi sebenarnya aku nak jugak tahu kalau kes macam ni kena gantung berapa lama. Kalau 2 3 minggu syok jugak. Tapi tak ada lah aku tanya. Nak mampos ke! ha5.

Itulah ceritanya tentang keSETIAan yang membawa padah. Apa yg aku buat time tu semua utk sekolah. Bukan utk diri sendiri. Aku nak tinggalkan sekolah dalam keadaan junior2 nampak hala tuju & apa nak dicapai, walaupun tak seberapa sangat usaha kita. Lebih baik dari tinggal macam tu je. Baru lah ada teamwork. Walau apa2 pun, aku percaya apa yg berlaku tu ada hikmah. Tu semua kenangan.---



Terima kasih cikgu! Terima kasih kawan2! Terima kasih semua!

No comments:

Post a Comment