GuaBlog.Com

Tips Kewangan Orang Muda

Kali ini aku nak berkongsi dua tips kewangan khas utk budak sekolah, orang2 muda, bakal graduan, atau sesiapa sahaja. Perkara ni korang boleh kongsi dengan mak bapak, keluarga dan sedara mara orang sebab tak ramai yang tahu.


1) MRTA

MRTA atau nama panjangnya Mortgage Reducing Term Assurance biasanya WAJIB dibeli/diambil si pembeli rumah/estate secara ansuran / installment. MRTA ni gunanya untuk cover bayaran balik pada bank kalau berlaku apa2 pada si pembeli seperti meninggal dunia, kecacatan kekal dll.

Senang cerita MRTA ni benda yg kena bayar megikut kadar2 tertentu based on nilai rumah/estate.

Sumber: 1-million-dollar-blog.com

Katakan; 
Haji Din beli rumah kat Pavillion. Tak nak kalah ha5. Haji Din tak ada duit RM700k. So, Haji Din pinjam dengan bank utk beli rumah. Bulan2 kena bayar kat bank. Tiba2, Haji Din meninggal dunia. So, siapa nak bayar rumah tu bulan2 sampai habis kontrak? Takkan bini dia nak bayar. Kat sinilah kegunaan MRTA tu.
Apa yg bank buat? Bank bagi FREE rumah tu pada pewaris. MRTA yg akan cover bayaran balik Haji Din. 
Tapi kalau Haji Din hidup sampai habis bayar, MRTA tu takkan dapat balik. Burn je & semua bank dapat.
* Harap2 korang paham

Memandangkan MRTA ni sesuatu benda yang tak boleh elak & memang wajib, macam mana kita nak buat?

Rahsia 1 > 
Beli insurans yang ada syarat convertible to MRTA. Apa2 company lah tak kisah. Aku bukan nak promosi tapi yang aku tahu pelan2 insurans / insurance plan yang Etiqa keluarkan mostly boleh convert kepada MRTA (bergantung pada nilai insurans). Baik bayar insurans mahal biar dapat cover semua & dapat balik DARI bayar MRTA tak dapat balik. Anyway, MRTA tu bukan murah pun!
Insurans > MRTA ialah perfect!. Boleh cover MRTA & ada baki utk insurans.
Insurans = MRTA ialah good!. Boleh cover MRTA. Tapi tak ada baki utk insurans. Kena tambah duit utk insurans.
Insurans < MRTA ialah tak berapa bagus!.Cover MRTA sikit. Kena tambah duit utk cover total MRTA & insurans.
Maksudnya?
Kita beli insurans utk cover diri kita kan. Macam insurans hayat, perubatan dll. Insurans kan ada mature date (term bayaran 10 thn, 15 thn...). Bila dah mature, kalau kita tak guna insurans tu, kita boleh dapat balik semua yang kita bayar selama ni. Dan dalam masa yang sama insurans boleh convert pada MRTA.
Kesimpulan
~Insurans yg boleh convert kepada MRTA bagus!.
Boleh cover insurans, cover MRTA, boleh dapat balik.
~MRTA yg beli sekali dgn rumah tak bagus!  
Memang cover rumah tapi takkan dapat balik.

Apa pun, HAK MEMILIH HAK ANDA. Silakan. Aku hanya buat perbandingan.


2) Cukai Pendapatan / Income tax.

Kepada pembaca yang masih sekolah, lepasan SPM dan muda2, cuba pahamkan benda ni. Lagi awal korang tahu lagi bagus. Aku nak kongsi macamana kita tak payah bayar cukai pendapatan walau 1 sen pun. Tak kira kerja swasta / kerajaan.

Sumber: dreamstime.com

Pengiraan cukai pendapatan ni ada format dia.
Basically, 

Pendapatan tahunan -- perkara2 tertentu yang dapat pengecualian

Perkara2 tertentu tu cthnya;
-Life insurans
-Medical expenses for parent
-Education (self)
-Textbook
-Children
-Sports equipment etc...
* Kalau nak tahu rujuk website Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Ok ceritanya di sini, perkara2 tertentu yg boleh ditolak nilainya tu ada limit.(Tak dapat pengecualian penuh)
Katakan;
Education korang RM10k tapi limit yg boleh ditolak cuma RM5k sahaja.
So ada baki lagi untuk korang kena bayar cukai pendapatan betul tak?


Rahsia 2 > 
Bagi yg beragama Islam, lepas kira2 tu kalau ada baki yg kena bayar pada LHDN, korang boleh bayar zakat utk nilai tersebut. Sebab zakat dapat pengecualian penuh.


Maksudnya?
Lepas kira2, total cukai yg kita kena bayar RM1200. Pegi bayar zakat RM1200 jugak. Sebab dapat pengecualian penuh. Dalam masa yg sama dapat sucikan harta.

                   RM 1200 - RM 1200 = RM 0

So, korang tak payah bayar cukai dah pada LHDN.

TAPI......
Boleh ke buat macam ni? LHDN mesti tahu kita bayar zakat sebab nak elak cukai.
Jawapan: Boleh! Perkara ni dipanggil sebagai tax avoidance (elakkan cukai) dan ianya legal (sah) disisi undang2 Malaysia.
Yg illegal (tak sah) tu tax ignorance (abaikan cukai). Orang yg tak bayar cukai yg sepatutnya. Haa yg ni kalau korang buat, LHDN akan cari korang.

* Tambahan:
Setiap pengecualian kena ada resit / bukti. Kalau anda bekerja sendiri / tak ada slip gaji cth (petani/peniaga SME), kena ada surat pengesahan pendapatan.

Setakat ini sahaja. Kongsilah maklumat ni dengan siapa2 yang perlu. Siapa2 nak share kat fb, share je lah. Tak payah minta izin. Biar semua orang tahu. Aku pun sekadar berkongsi apa yang aku belajar dalam kuliah di Faculty of Business. Sekian---