GuaBlog.Com

Pages

Kg. Telok Pelanduk

19 Julai 2012
Perkampungan Nelayan Kg. Telok Pelanduk
Port Dickson

Sempena reunion, ktorang ambil kesempatan jalan2 kat Kg. Telok Pelanduk.
Tempat ni lebih kurang macam jeti utk nelayan2.
Kat sini ada jambatan yang melintasi pantai & pernah jadi tempat shooting 
filem Cinta Kolestrol.



 Seorang nelayan sedang repair jala beliau.

Inilah jambatan tu.
Sesuai sangat utk photographer.

View dari jauh

Ada jambatan baru dekat2 dengan jambatan tadi. 
Jambatan baru ni fully concrete tapi tak ada pulau kat hujung.
Mungkin utk kegunaan nelayan.

Jambatan konkrit


Permulaan sunset.
Langit mula merah.

Sun set.
Langit semakin merah.

View sebelah sana waktu sun set.
Merah gelap, mula mendung.


How to go Kg. Telok Pelanduk:
Lebuhraya Utara Selatan
Exit Port Dickson
Hala ke Pasir Panjang (dari pusat bandar Port Dickson)
Melalui Jalan Pantai
Pass by Pantai Teluk Kemang
Simpang masuk sebelah kanan (jangan melepasi Tiara Beach Resort)
*Landmark masjid biru sebelah kanan
Ikut signage Perkampungan Nelayan Kg. Telok Pelanduk

Tentang Kg. Telok Pelanduk:
Perkampungan nelayan (Batu 12)
Ada warung kecil utk minum petang

FRIM Kepong

17 Julai 2012
Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)
Kepong

Trip kali ni adalah utk menunaikan hasrat kawan2 yang tubuh badannya sudah lama menyepi dari aktiviti lasak. Otot pun dah manja ha5. 
Sendiri nak pergi pun ya jugak. Sekali lah.
Basically, FRIM ni tempat utk buat kajian2 berkenaan hutan, tumbuhan dll.
Boleh dikatakan ada kehidupan sendiri sebab 
ada sekolah, pejabat, rumah, masjid dll. 
Pendek kata macam bandar sendiri lah. (teringat Tekam ha5)

Peta lokasi FRIM mengikut zon.

Tujuan utama kami nak naik Titian Kanopi (Canopy Walk).
Sampai2 terus beli tiket* kat kedai cenderahati.
Nanti pihak FRIM akan guide dari mana nak start dan lain2.
Peta pun dapat.

  Gentle reminder. 
Pernah terbaca tentang seorang yang pergi naik canopy walk tapi tak beli tiket.
Haa bertapak kau balik semula kedai cenderahati.

Ok sudah sampai.
Entrance canopy walk.

Kat sini akan ada seorang staf yang check tiket.
Dan bagi simple briefing tentang canopy walk sebelum start berjalan.


View dari atas.



  Tempat rest kejap. 
Tunggu orang depan menjarakkan diri.



How to go FRIM Kepong:
Highway Guthrie (dari Shah Alam)
Jalan Sungai Buloh
Highway Kepong Selayang
Ikut signage Kepong/ FRIM

Tentang FRIM Kepong:
Institut utk kajian tumbuhan, perhutanan dll
Tiket masuk: RM1 seorang
Parking: RM5 
Tiket Canopy Walk: RM5 seorang / RM3 pelajar
Fasiliti; masjid, cafe, parking, kedai cenderahati
Boleh buat jungle trekking, camping, aktiviti berkumpulan, photo-shoot.
Canopy walk hanya beroperasi 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Tutup pada Isnin & Jumaat. Bergantung pada keadaan cuaca.

Taman Botani Putrajaya

30 Mei 2012
Taman Botani, Precint 1
Putrajaya

Visitor Center (Pusat Pelawat)
Main entrance

Peta Taman Botani

Laluan Jelajah (Explorer Trail)
Jambatan ni betul2 belakang visitor center

Buah saga

Tupai yang bebas

Dari Laluan Jelajah, melalui Denai Helikonia, 
kita akan sampai ke Taman Pepanjat. 

Taman Pepanjat (Vine Garden)
Taman pepanjat ni khas utk tumbuhan yang 
tumbuh memanjat macam orkid.


The other side of Palm Hill boleh nampak tasik.
Kalau nak lalu dekat tasik, 
ada disediakan titian tasik macam jambatan.

Taman suria ni tempat yang mendapat cahaya matahari 
lebih dari kawasan2 lain dalam taman botani.
Jenis pokok kat sini pun adalah pokok yang 
perlukan cahaya matahari banyak.

Obelisk

Masih di Taman Suria. 
Jalan ni menuju ke koleksi tanaman dari negara lain.
Pilihan lain; melalui laluan orkid. 


Koleksi Tanaman Afrika

Koleksi Tanaman Amerika Tropika

Entah apa namanya pokok ni.


Nenas Junior

Terowong Bunga Kertas (Bougainvillea Tunnel)
Tak banyak pun bunga kertas kat terowong ni.
Kalau ada pun kat atas bumbung which is not visible.
Perbadanan Putrajaya - sila buat sesuatu.


Sigai Seri (Floral Step)
Tangga landai sahaja

Bunga taik ayam

Lepas naik tangga Sigai Seri, barulah tahu yang 
kami menuju ke Taman Suria semula (kena game ha5)
So, kami turun semula ke Teduhan Asia Pasifik.

Teduhan Asia Pasifik

Persisiran Tasik (Lakeside)
Agaknya sinilah orang selalu shooting kot.


Kat sebelah lakeside cafe, ada jeti ni.
Mungkin salah satu tempat perhentian Cruise Tasik Putrajaya.

Titian Kana (Canna Broadwalk)
Titian Kana ni boleh dikatakan terapung tepi tasik.
Kalau taknak lalu sini, boleh guna Laluan Kana (jalan darat)

Laluan Kana/Titian Kana akan menuju ke Pusat Pelawat semula.
Ada juga tempat2 yang kami tak lalu lagi macam 
Taman Paku Pakis, Koleksi Tanaman Asia Pasifik dll.
Lepas zohor, kami tunggu tram* utk pusing seluruh Taman Botani.
Sementara tu, pusing2 dulu kat pameran di Pusat Pelawat ni.

Mentadak tu boleh gerak naik turun

Periuk kera terbesar


Jelajah dengan tram

Moroccon Pavillion
Nak masuk ke Moroccon Pavillion ni kena beli tiket berasingan.
Bangunan ni design lain sikit. Senibina dari negara luar (tak ingat).
Khas utk photographer.


Pokok buluh

View dari tram


How to go Taman Botani Putrajaya:
Dari Jambatan Wawasan, ikut signage Precint 1
Ikut signage Taman Botani (simpang sebelah kiri)

Tentang Taman Botani Putrajaya:
Koleksi tanaman dari Afrika, Amerika, Asia
Boleh berbasikal (berbayar)
Ada pakej Botani Hunt utk group
Fasiliti; surau, kafe, parking (percuma)
Taman Botani masuk percuma
Tiket Moroccon Pavillion: RM3 seorang / RM1 pelajar
Tiket tram: RM4 seorang / RM3 pelajar
* Tram ada waktu2 tertentu & mengikut keadaan cuaca

Pusat Sains Negara

28 Mei 2012
Pusat Sains Negara
Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Walaupun duduk di Selangor, ni baru first time aku pergi PSN.
Lawatan sekolah2 dulu mana ada pergi tempat macam ni. 
Paling hebat pun pergi zoo.
So, dah beso pergi sendiri ek.

Kalau tengok peta tu, besar sebenarnya PSN ni. 
Bukan pameran sains semata2.
Ada bahagian interaktif, swimming pool, garden2 etc.

 Bangunan utama PSN.
Adoiyai ada maintenance pulak.


Subterranean Journey
 Pameran tentang lautan.
Tapi under construction. Nak cakap ape.

 Hang cakap kat benda merah tu. 
Dengar kat belah sana pulak.

 Main entrance.
Masa tu ada pameran dinosaur.

Ocean Zone

 Nampak pelangi tak?

Masa kami melawat, ada slot science show.

So, kita layan.

Pameran Alam Sains.
Sini macam2 bidang sains punya pameran. 
Biology, Chemistry, Earth etc.
Nampak notis putih tu?

Inilah notis tu.
Pernah tak pergi mana2 pameran/muzium nampak macam ni?
Tabik kat Tan Chong Motor.
Baru bisnes berkat.
Kepada Muslim, cukuplah dengan bayar zakat ye.

Ada satu showcase tu tunjuk macamana hang mewarisi 
characteristics mak bapak hang.
Cthnya rabun, jenis darah, kembar seiras/tak dll. 
Siap dengan probability skali.
Kalau nak tau datang sini. 
Tak payah nak tilik nasib segala.

 Siapa ambil subjek chemistry masa skolah.
Ingat lagi tak Periodic Table ni.
Ok, aku give up.

Susunan planet. Paling besar tu matahari.
Hang jangan ingat hang besar sangat ha5.


 

Proses makanan dalam perut.
Ambil tahu sikit. Jangan tahu makan je afqh.

Yang ni betul2 kena kreatif. 
Kalau tak kreatif, takyah main.

 Tak sempat masuk pun.

Luar bangunan utama. Still dalam kawasan PSN.
Tangga tu tinggi. 
Tak silap aku namanya Diabetic Stairs.
Perli ke ape?

Bahagian tumbuhan. 
Ada juga haiwan sikit2 macam arnab,burung dll.
Oh ye, ada kupu-kupu yang berterbangan bebas dalam kawasan ni.

Setting tasik buatan.
Bukan saja2 pegang tiang tu.
Tiang tu dah nak roboh kot.

Garden of Nature

Lab ni beri peluang pada siapa2 yang nak cuba 
buat experiment tentang tumbuhan.
Tapi ada masa2 tertentu.


Tamat sudah!


How to go Pusat Sains Negara:
Lebuhraya Persekutuan
Exit Lebuhraya Sprint (sebelum susur UM/Bangsar)
Ikut signage Mont Kiara
Pass by Taman Ekuestrian Bukit Kiara sebelah kiri
Ikut signage Pusat Sains Negara/National Science Centre

Tentang Pusat Sains Negara:
Tiket: RM3 (kanak 7-12 tahun) RM6 (dewasa 13 tahun ke atas)
Herbal Garden
Garden of Nature etc
Water Plaza (swimming pool kecik utk budak2)
Fasiliti: surau, cafe, parking
Kedai cenderahati
Nature Secret Lab & Auditorium (experiment / science workshop)
*Science workshop & experiment biasanya time cuti sekolah. Tertakluk pada jadual PSN.