GuaBlog.Com

Kalumpang Resort

29 Januari 2012
Kalumpang Resort & Training Centre
Hulu Selangor, Selangor.

Tempat ni sesuai utk buat macam2 program / aktiviti.
Tempat ni kaya dengan unsur2 alam dan korang akan rasa tenang dan teruja.

Entrance


Sebenarnya pintu gerbang tu two-sided.
Tapi kamera yang agak terhad hanya memuatkan separuh sahaja.


Hujung jambatan ni ada satu warung kecil.
Boleh la nak minum2 sambil tengok sungai.


Ni tempat duduk kat jambatan tadi.
Kalau ada kawan2 mandi sungai, hang jenguk je lah dari atas.
Boleh juga.


Ni trek untuk jungle trekking.


Yang belakang (ada makhluk pink tu) dah start hutan.


Pokok buluh pun nak gambar ke.
Maklumlah jumpa buluh setahun sekali je.
Tu pun masa raya.


Dorm utk peserta2 yang ramai.


Lain2 tempat penginapan yang ada.
Ada jenis perindu, bayan, merak dll.


Ada jambatan puteri gunung ledang bagai kat sini.


Ini amat menarik.
Tempat utk haiwan2 ni berpagar kat hujung tapi air tu mengalir.


Kalau dah bosan tengok orang,
nak duduk tengok angsa pun boleh.


View dari jauh sebelum keluar.


How to go Kalumpang Resort & Training Centre:
Highway PLUS
Exit Tanjung Malim
* Dalam 15 minit sampai

Tentang Kalumpang Resort & Training Centre:
Sesuai utk aktiviti berkumpulan (camping, seminar, mesyuarat, berkelah)
Ada tempat penginapan (chalet, khemah)
Jungle trekking
Tubing
ATV
Rentas halangan
Kolam mandi
Taman rekreasi
Mini market
Fasiliti2 lain (cafe, surau, tandas, )
* Nak datang mandi saja pun boleh

Taman Eko Rimba KL

15 Januari 2012
Taman Eko Rimba KL (Hutan Simpan Bukit Nenas)
Bukit Nenas, Kuala Lumpur


Entrance dari jalan Menara KL


Dari entrance tadi jalan ada dua cabang

Trek untuk ke dalam quite proper. Bertangga.


Kalau nak pilih jalan denai pun ada. Arboretum Trail ni salah satu je.
Ada lagi denai lain; Denai Penarahan, Jelutong dll.


Taman Herba


Salah satu pameran dalam Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan.
Hayatilah.


Bamboo Walk. Tempat ni luas dan mendung.


Tenang kan?


Dari Bamboo Walk tadi kalau terus jalan akan jumpa Jambatan Gantung.


Jambatan Gantung Bukit Nenas Forest Reserve


How to go Taman Eko Rimba KL:
Entrance 1 : Ikut jalan ke Menara KL. Taman kat sebelah kiri (berdekatan parking bas pelancong)
Entrance 2 : Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan, Jalan Raja Chulan

Tentang Taman Eko Rimba KL:
Masuk percuma
Taman Herba
Taman Orkid
Pelbagai denai untuk trekking
Jambatan Gantung
Kawasan perkhemahan & fasiliti2 yang diperlukan
* Banyak nyamuk

Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2011 & Gua Kerbau

19 Jun 2011
UiTM Arau, Perlis
Endurance Challenge : Berlari, Berbasikal, Berkayak.


Alumni Komander Kesatria UiTM Pahang

Bab gambar memang no.1

Sebelum perasmian
Pelepasan peserta

Penamat kat Gua Kerbau.
Agak2 Student UiTM Arau dah sampai gua ni belum?
Gua Kerbau

Tiba2 aku jadi tak sure pulak yang ktorang pegi tu gua mana.
Atau dua2 gua ni sebelah2 je?
Tak terfikir nak tanya time tu.

Tak besar mana pun belah atas gua ni.


Tempat berehat kat Gua Kerbau


Kalau nak rasa suasana desa boleh datang sini.


Tumpang ambil gambaq sat.

Amende kita nak buat malam kebudayaan ni?
(Lokman jem)

Kami tak gelap.
Flash kamera yang salah setting.

OPKIM
Pegang je ke?


Majlis penutup
Beliau senior saya.

Alumni sahaja!


Kontijen UiTM Pahang

Danga Bay

27 Disember 2011
Danga Bay
Johor Bharu, Johor.


Beskal kat belakang tu boleh sewa utk round2 sekitar Danga Bay ni.


Kalau nak cantik pergi malam. Baru ada lampu.


Danga Cruise. Aku tak tahu cruise tu pusing mana.
Kalau duit hangpa berkepuk bolehlah try naik cruise.


Pantai Danga. Sampai sekarang aku tak pasti kapal2 tu untuk
pelancong ke atau persendirian punya.


Theme park kat Danga Bay. Budak2 suka lah.


Mostly permainan2 ni malam baru syok.
Tapi pukul 4 petang dah boleh main dah.

Macam2 mainan ada kat sini.
Kurang sikit dari Cosmo Time Square la kot.

Benda ni aku tak pernah jumpa kat tempat lain. Macam basikal udara lah.
Korang kena kayuh sendiri baru benda tu gerak.
Bolehlah view Danga Bay ni dari atas.
Oh ya, benda tu tak ada brek.
Pandai2 lah bajet kalau nak berhenti ambil gambar.

View dari atas


Sudah pijak bumi


Petting zoo ni macam mini zoo. Tapi tak sure haiwan apa ada.
Ktorang tak masuk.


Jangan pegang wei. Haram!


One thing I like about Danga Bay. Environment taman yang menjadi.