GuaBlog.Com

Kawad Kaki 2007

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform
SMK SSAAS
2007

Kali ni aku nak share cerita zaman sekolah. Dulu aku memang aktif dalam unit uniform Kor Kadet Polis atau KKP. Start dari form 1 sampai form 5. Semangat GILA aku pegi kawad, lawatan, camping, latihan macam2. Memang best.
Aku enjoy sangat masa2 tu.

Ini masa aku Form 5. Last year kat sekolah. Pertandingan kawad ni tinggalkan paling banyak memori indah. Masa Form 5, aku je yang beriya nak masuk kawad ni. 
Senior Form 5 yang lain (weh, aku tak join kot. Nak SPM dah......) itulah ayat nya. Aku kesah apa SPM tak SPM. So aku work out benda ni bersama junior2 yang cool.

 Latihan KO hari sabtu


Hari pertandingan
  
 Gambar ni paling smart aku rasa. 
Sebab ada bayang2 yang turut berkawad. 
Terima kasih Wani.

Tengok sebelah kiri barisan depan. 
Kecik kan budak tu. Sebab tu letak depan. Star.

Kawad asas


 Kawad formasi

 Dan kami menang no.1!

Thanks for the memory guys!


Walaupun kita ni belajar tak pandai, at least aku tak benci sekolah aku ha5.
Dari uniform kosong sampai lah berpaku-paku dapat.
Tapi bukan paku tu yang bernilai. Yang bernilai pengalaman & kenangan.

KKP ajar aku banyak benda.
Aku dapat belajar kawad versi MANTAP punya, kawad pedang, kawalan kehormatan, kawad bunga/formasi, kawad berirama, dll.
KKP juga ajar aku macam2 ilmu seperti outdoor & fitness.

Tak lupa juga ilmu2 kepolisan iaitu latihan buka pasang M16, latihan menembak, lawatan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Unit K9 (anjing pengesan), mengenal dadah & jenis peluru, hukuman & prosedur jenayah dll. Tak tertulis banyaknya.

Ilmu yang paling beri kesan ialah pentadbiran & kepimpinan. Tentang ni, banyak cerita yang aku boleh kongsi supaya orang2 yang pandang serong pada budak2 kawad ni lebih open-minded. Dan encourage budak2 sekolah untuk suka kat badan beruniform. Insyallah aku share dalam post lain.

Untuk bagi thrill, antara yang aku pernah alami ialah; amaran pertama gantung sekolah, tindakan disiplin, kena jumpa pengetua face-to-face sorang2, dll. Semuanya sebab keSETIAan aku dengan KKP yang tak pernah belah bahagi (amboi!).---

1 comment: