GuaBlog.Com

Masih Relevankah Ketuanan Melayu? (Khas utk pelajar IPT)

Salam pada semua.

Sebelum korang salah faham, aku nak jelaskan dulu tentang post ni.
Aku bukan nak mencetuskan apa2 isu tapi cuma nak kongsi pendapat aku je.



Sebagai pelajar IPT kat Malaysia ni, aku pasti macam2 yang korang tak puas hati kan. Peraturan itu ini. Biasalah tu. Tapi tentang ketuanan Melayu ni ade cerita sikit.
Sepanjang aku belajar kat IPT aku rasa lebih 10 kali ktorang hadir ceramah ketuanan Melayu. Wajib ada, yang datang sendiri pun ada.

Terus terang aku cakap ceramah ketuanan Melayu membosankan. Aku pasti pelajar IPT lain pun rasa benda yang sama. Banyak sebab2 yang jadikan kami rasa macam ni.


Benda sama berulang2
Penceramah orang lain2 tapi cakap benda sama. Kalau rakam time part 1 punya compare dengan part 4/5 same je. Kalau tak percaya, sape yang tulis nota time ceramah tu (ada ke?) cuba compare balik. Cerita pasal sejarah, isu semasa lepas tu apa lagi POLITIK! Promosi sana sini.
Time boleh layan kita layan. Time tak boleh, sori lah encik penceramah.


Kenapa hina?
Aku perasan banyak kali. Time awal2 ceramah tu memang yang negatif je. Melayu buang anak lah, rompak sana, ragut sini, bunuh mak bapak, lari rumah macam2 lagi. Pasal dadah jangan cite ah. Ada sekali aku ingat, ada penceramah tu siap tunjuk statistik gejala sosial ikut bangsa. Tak salah share maklumat. Tapi cukuplah sekadar cakap. Yang baik2 takde pulak tunjuk. Anak Melayu genius, berjaya sana sini kau diamkan kenapa?
Aku tanya koranglah. Korang rasa mana lebih bagi motivasi untuk berjaya? Tunjuk benda baik/buruk? Jawab sendiri.
Tengok bangsa lain naikkan semangat anak muda macam mana? Sama ke dengan kita?


Tak specific.
Masa kesimpulan tu mesti cakap macam ni. So start sekarang kita kena berubah. Kita kena bersatu bla3. Jadi rakyat yang lebih baik. Jaga diri, sayang negara dan lain2. Nakbersatu tu beratus ribu caranya. Cuba cakap kita patut mula dengan ekonomi ke, bisnes ke, improve pendidikan ke ape. Habistu sebenarnya kami ni nak buat apa? Dengar itu ini last2 balik tu jem tak tahu apa nak buat.
Cuba ambil Singapura sebagai contoh (yang baik);
Kat sana, dia kata if u love Singapore, donate for your country! Kan specific tu. Senang nampak kan.


Bias, bias dan bias.
Kalau perasan ceramah yang berakhir dengan politik mesti background hampir2 sama. Cuba jangan bias. Ambil lah penceramah dari bahagian2 lain, macam dari bahagian kesihatan utk buat ceramah seks bebas ke contohnya. Ini tak lepas dia, dia punya group jugak. Nak cakap tajuk apa pun mesti ada politik. Macam mana student tak menyampah dengan politik.
Bukan aku kata politik tu jahat tapi student banyak terdedah dengan benda2 macam ni. Kalau anda sendiri yang kena, menyampah tak?


Harap maaf pada mana2 pihak kalau kasar bahasa. Tapi aku rasa ramai lagi student IPT yang fikir macam ni. Kami golongan pelajar nak berfikir pun ada orang guide. Nasihat lain. Mengarah lain. So, bila nak independent? Lepastu bising Melayu layu lah ape lah. Cuba tengok tindakan korang dulu. (Pindaan AUKU yang dibuat baru2 ni, bagus. Dan terima kasih.)

Sapa2 nk bagi komen silakan. Aku cuma pelajar biasa yang ada rasa cinta pada negara.
Aku alu-alukan komen dari sape2 sahaja.

Sekian. Aku sayang Malaysia.

6 comments:

  1. Setuju dengan pendapat ini. Apa yang aku lihat kebanyakan kawan-kawan aku dan aku sendiri menghadiri modul yang diadakan setiap sem hanya untuk memenuhi syarat dari universiti. Tak dapat apa-apa input pun dalam kepala kitorang. Kaedah "memaksa" ini pada aku bukan saja tidak memberi apa-apa faedah, malah merugikan pihak universiti itu sendiri.Pada aku,pendekatan yang lebih menarik dan berfokus perlu digunakan.

    ReplyDelete
  2. pada aku, mungkin baik program ini tapi cara dilaksanakannya masih sama.dan tiada beza. dan sepatutnya kena berubah selaras dgn arus permodenan.pelajar skrg tak sama dgn pelajar dahulu.mungkin cara penceramah menggunakan penekanan yang sama ketika zaman 80an dulu.kalau diubah dgn memberitahu cara utk menghindari, mengubah dan menghindari gejala negatif secara lebih spesifik lagi bagus aku rasa.

    kalau saya pun, dah berulang kali pergi dgn input yg sama, saya pun bosan.tapi pergi kerana terpaksa sbb wajib utk univerisiti.nak tak nak kena pergi jugalah.

    betul juga tu.mana-mana ceramah, mesti dikaitkan dgn politik, kalau ceramah kat surau skrg pun dikait dgn politik juga.alahai.sana sini politik.nak muntah pun ada ye. saya setuju dgn entri ni dgn mengubah isu politik kpd isu pembangunan ekonomi.itu yg penting.

    :) harap dgn adanya pindaan AUKU, suara mahasiswa mahsiswi didengar negara. :)


    ISU : Emas & Provokasi

    ReplyDelete
  3. Salam kenal..saya orang Indonesia...tapi saya kagum dengan Malaysia..lagian, Malaysia dan Indonesia satu rumpun serta sama-sama mayoritas beragama Islam..so, kita tetap bersaudara :-)

    ReplyDelete
  4. Maap kerana mencelah, sedarlah bahawasanya, bangsa Melayu semakin parah dan tenat...mungkin anda xsedar mengenai hal ini, cube buat research sket..politik ada di mana-mana pon...interaksi sosial antara 2 individu pon dah dikategorikan sebagi politik..ape yg kita perlu tahu adalah bagaimana nak membandingkan antara politik bersih dgn kotor...xsalah pihak pemerintah nak menyampaikan ideologi mereka..percayalah! mana2 pihak yg memerintah akan buat cam2.....

    ReplyDelete
  5. anda bercakap begitu sebab anda suka bangsa kita terus rosak dan yang paling penting sebab anda golongan penyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  6. AKU HENSEM

    CINA ADA TANAH DIA
    INDIA ADA TANAH DIA
    MELAYU ADA TANAH DIA

    AGAAK2 TANAH MALAYSIA NI SAPE PUNYE
    CINA KE INDIA?
    ATAUPUN MELAYU SEKADAR MENUMPANG SAHAJA

    ReplyDelete